June 11, 2013

KUE TEOW GORENG SIMPLE...


Rasanya semua orang dah tahu cara menyediakan kue tiow goreng ni, tapi resepi yang saya kongsikan ini agak ringkas dan mudah. Tapi kalau nak lebih meriah boleh tambahkan udang, kerang, fishcake ataupun sotong, yang saya masak ni simple jelah sebab tak banyak bahan yang ada. Apa-apa pun korang boleh je masak mengikut kreativiti korang k.
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus Kueh Teow (400 gm)
4 ulas bawang merah ~ tumbuk
2 ulas bawang putih ~ tumbuk
3 sudu besar cili boh/ cili kering mesin (boleh adjust sendiri kalau suka pedas boleh tambahkan)
1/2 cawan isi ayam & daging ~ yang telah dipotong kecil
Sayuran sawi ~ dipotong
2 biji telur ~ dipukul sedikit
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
4 sudu besar kicap masin
2 sudu besar sos cili
1/4 cawan air
Minyak masak untuk menumis
Asam limau ~ sekiranya suka
CARA MEMASAK :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga masak.
  2. Masukkan isi ayam & daging. Gaul sekata. Biar seketika sehingga daging kecut.
  3. Masukkan telur dan biar telur sedikit mengeras, kemudian hancurkan dan gaul rata.
  4. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan juga sos cili. Masukkan 1/4 cawan air. Gaul sekata.
  5. Masukkan kueh teow dan gaul sebati. Rasakan masakan anda. Adjust ikut citarasa kalau kurang masin boleh tambahkan kicap.
  6. Akhir sekali masukkan sawi dan gaul rata. Jangan lama sangat nanti sawi lembik. Tutup api.
  7. Hidangkan dengan hirisan cili merah atau cili jeruk dan juga daun bawang. Perahkan asam limau sekiranya suka.

June 10, 2013

Ikan yu masak kicap

Assalamualaikum..
Tengahari tadi saya pening memikirkan cara nak masak ikan yu, yelah ikan tu dah lama mengeras dalam peti ais, saya ingat nak cuba la masak lain sikit, sebelum ini saya hanya tahu masak kicap je ikan tu, itupun saya belajar dari mak mertua saya, masa duduk dekat semenanjung dulu mana pernah masak atau makan ikan yu ni. Bila datang sarawak macam-macam makanan yang saya dapat belajar contohnya laksa sarawak, umai, kek lapis dan ayam pansuh. Nanti bila ada masa saya akan post kan dekat blog ni.
Saya pun apalagi cuba la godek-godek dekat mr. google terjumpa la dua jenis resepi yang berasas ikan yu iaitu Kari ikan yu berdaun kesum dan Sinagol ikan yu dari blog Dari Dapur MaDiHaA. Memikirkan bahan-bahan  yang diperlukan tidak mencukupi saya terpaksa la jugak saya masak kicap ikan tu. Tapi takpela lain kali saya pasti akan cuba masakan tu. 
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ikan yu
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci kunyit *
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugur ( boleh diganti dengan asam jawa )
Kicap Tong Nam - korang agak-agak la ikut kemasinan yang korang mahu.
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit gula dan bahan perasa.
* Ditumbuk
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahanyang ditumbuk dan juga serai.
  2. Kemudian masukkan ikan, sedikit air dan asam keping dan kacau.
  3. Masukkan kicap, sedikit gula dan bahan perasa dan kacau sehingga kuah kelihatan pekat.
  4. Angkat dan boleh dihidangkan.
Senang je nak masak ikan yu masak kicap, bahan-bahan pun simple je. Selamat mencuba.
 

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...