September 08, 2015

Kek Lapis Choco Horlicks (Kukus)


He..he..Setelah berbulan-bulan menyepi akhirnya muncul kembali, lama sesangat tak mengupdate blog ni..fuh..memang penuh bersawang dah.. Ini semua gara-gara notebook rosak. Memang rindu sangat nak berblog dah banyak resepi-resepi yang tergendala.

Jadi tak payah lah kita nak panjang-panjangkan cerita, kali ni nak share resepi kek lapis, kek lapis ni saya buat untuk raya aritu, kebetulan ada bahan-bahan yang lebih selepas menyiapkan kek-kek yang lain. Dan resepi ni saya rujuk dari blog HaSue .Terima Kasih banyak2 kat tuan punya blog sebab sudi mengongsikan resepi ni.

Saya menggunakan loyang yang agak besar, jadi kek lapis ni agak nipis.. Jadi kalau nak buat kek ni cari loyang yang agak kecil.

Jom kita chek resepi ni.

Kek Lapis Choco-Horlicks
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
BAHAN-BAHAN:

250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g horlicks
30g serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum

CARA-CARA:
  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
  2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
  3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
  4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
  5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
  6. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan merah. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
     
  7. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
  8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir.

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...