Assalamualaikum..
Tengahari tadi saya pening memikirkan cara nak masak ikan yu, yelah ikan tu dah lama mengeras dalam peti ais, saya ingat nak cuba la masak lain sikit, sebelum ini saya hanya tahu masak kicap je ikan tu, itupun saya belajar dari mak mertua saya, masa duduk dekat semenanjung dulu mana pernah masak atau makan ikan yu ni. Bila datang sarawak macam-macam makanan yang saya dapat belajar contohnya laksa sarawak, umai, kek lapis dan ayam pansuh. Nanti bila ada masa saya akan post kan dekat blog ni.
Saya pun apalagi cuba la godek-godek dekat mr. google terjumpa la dua jenis resepi yang berasas ikan yu iaitu Kari ikan yu berdaun kesum dan Sinagol ikan yu dari blog Dari Dapur MaDiHaA. Memikirkan bahan-bahan yang diperlukan tidak mencukupi saya terpaksa la jugak saya masak kicap ikan tu. Tapi takpela lain kali saya pasti akan cuba masakan tu.
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ikan yu
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci kunyit *
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugur ( boleh diganti dengan asam jawa )
Kicap Tong Nam - korang agak-agak la ikut kemasinan yang korang mahu.
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit gula dan bahan perasa.
* Ditumbuk
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahanyang ditumbuk dan juga serai.
- Kemudian masukkan ikan, sedikit air dan asam keping dan kacau.
- Masukkan kicap, sedikit gula dan bahan perasa dan kacau sehingga kuah kelihatan pekat.
- Angkat dan boleh dihidangkan.
Senang je nak masak ikan yu masak kicap, bahan-bahan pun simple je. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment