June 11, 2013

KUE TEOW GORENG SIMPLE...


Rasanya semua orang dah tahu cara menyediakan kue tiow goreng ni, tapi resepi yang saya kongsikan ini agak ringkas dan mudah. Tapi kalau nak lebih meriah boleh tambahkan udang, kerang, fishcake ataupun sotong, yang saya masak ni simple jelah sebab tak banyak bahan yang ada. Apa-apa pun korang boleh je masak mengikut kreativiti korang k.
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus Kueh Teow (400 gm)
4 ulas bawang merah ~ tumbuk
2 ulas bawang putih ~ tumbuk
3 sudu besar cili boh/ cili kering mesin (boleh adjust sendiri kalau suka pedas boleh tambahkan)
1/2 cawan isi ayam & daging ~ yang telah dipotong kecil
Sayuran sawi ~ dipotong
2 biji telur ~ dipukul sedikit
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
4 sudu besar kicap masin
2 sudu besar sos cili
1/4 cawan air
Minyak masak untuk menumis
Asam limau ~ sekiranya suka
CARA MEMASAK :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga masak.
  2. Masukkan isi ayam & daging. Gaul sekata. Biar seketika sehingga daging kecut.
  3. Masukkan telur dan biar telur sedikit mengeras, kemudian hancurkan dan gaul rata.
  4. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan juga sos cili. Masukkan 1/4 cawan air. Gaul sekata.
  5. Masukkan kueh teow dan gaul sebati. Rasakan masakan anda. Adjust ikut citarasa kalau kurang masin boleh tambahkan kicap.
  6. Akhir sekali masukkan sawi dan gaul rata. Jangan lama sangat nanti sawi lembik. Tutup api.
  7. Hidangkan dengan hirisan cili merah atau cili jeruk dan juga daun bawang. Perahkan asam limau sekiranya suka.

No comments:

Post a Comment

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...