July 31, 2018

Pulut Pagi Kacang Merah


First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh memang dah lama tak makan. 8 tahun dah duk kat sarawak dan selama tu lah saya tak makan pulut pagi ni..Bila balik kampung lupa pulak nak cari. Nak kata susah takdela susah sangat nak buat pulut ni, mungkin sebab malas kot..hahaha..lagipun tak pernah buatkan, selama ni tahu makan jer.. Tapi, bila duk jauh ni apa-apa nak makan kena buat sendiri la..

Saya pun tak tahu kenapa pulut ni diberi nama pulut pagi, mungkin selalu dimakan diwaktu pagi kot tapi ada jer orang makan diwaktu petang..Pulut pagi ni lebih glemer kot belah negeri kelantan. Biasanya kalau yang jual dia bungkus dengan daun pisang bentuk kon gitu..sedap lahai..dengan wangi daun pisang tu..saya takde daun pisang kalau tak memang saya bungkus macam tu jugak.


RESEPI PULUT PAGI

Bahan-bahan;
  • 1/2 kg beras pulut (rendam semalaman)
  • 2 helai daun pandan
  • 200gm gula melaka
  • 50gm gula pasir
  • 250ml air
  • 1 sudu besar air kapur
  • 1 biji kelapa parut putih
  • sedikit garam halus untuk digaul dengan kelapa
Cara-cara:
  1. Satukan gula melaka, gula pasir, air dan air kapur dan masak bersama daun pandan sehingga agak pekat. Sejukkan.
  2. Kukus beras pulut selama 25 minit atau setengah masak. Angkat dan tuang dalam bekas kemudian gaul rata dengan air gula melaka.
  3. Kukus semula sehingga masak.
  4. Hidang bersama kelapa parut dan kacang merah.
Kacang Merah:
  • 200gm kacang merah - rendam semalaman
  • 500ml air 
  • 100gm gula merah
  • sedikit garam
~ Rebus kacang merah hingga empuk. Jika masih keras tambah air. Biarkan air tinggal sedikit didasar periuk kemudian masukkan gula merah dan garam. Tutup periuk dan guna api yang perlahan hingga kacang kering.










July 30, 2018

Kek Lapis..Blueberry,vanilla dan cheese..

Raya haritu saya tak buat kek lapis pun..sebab saya balik kampung, kat kampung susah nak cari bahan-bahan untuk buat kek lapis tambahan pula dekat-dekat nak raya memang sesak la jalan kat bandar Jerteh tu jadi malas nak keluar cari bahan takut jalan jem..Jadi kek lapis saya order jela.

Dah lepas raya ni teringin pula nak buat kek lapis, lama dah tak membaking rasanya. Kek ni saya guna pewarna biru tapi tak ktaulah kena lepas bakar nampak macam kaler hijau pulak..tapi tak kisah ler janji rasanya sedap, cuma saya ta puas hati sebab lapisan cheese tu terlebih bakar jadi agak kering sedikit. Yang warna terang tu blueberry, vanilla, yang bawah cheese. Saya pun tak tahu nak leta nama apa kek lapis ni..


Tapikan saya rasa seronok sebab lapisan kek tu nampak kemas dan cantik, maklumlah saya ni bukan pandai sangat buat kek lapis..banyak lagi kena beelajar, rasa cam semangat nak cuba lagi lepas ni..


Bahan-bahan:
  • 500gm mentega (sy guna 2 ketul butter golden churn)
  • 10 biji telur
  • 397gm susu pekat (sy guna satu tin yang rendah tu je)
  • 50 gm nestum (kisar)
  • 250gm tepung hongkong / gandum
  • 130gm gula halus
  • 100gm horlick
  • 170gm sekaya (sy guna satu tin kecil)
  • 250gm cream cheese
  • 2 sudu teh vanilla flavour
  • 200gm blueberry filling

Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. Masuk telur satu persatu hingga habis dan masuk susu pekat, sekaya dan sebatikan.
  3. Masukkan horlick, tepung dan nestum.. Gaul rata ddan bahagikan kepada 3 bahagian: bahagian pertama masukkan blueberry filling dan pewarna biru terang. Bahagian kedua warna biru muda dan vanilla flavour. Bahagian yang ketiga biarkan tanpa pewarna dan masukkan cream cheese yang telah dipukul lembut dan gaul rata.
  4. Setiap adunan pula dibahagi kepada 5 lapisan. Seperti ni sebab senang nak melapis supaya sama rata setiap lapisan.

  5.  Bakar lapisan cream cheese selapis demi selapis sehingga habis. setiap lapisan dibakar 7-10 minit sehingga atas kek bertukar perang. suhu 180 mengikut oven masing-masing.
  6. Seterusnya warna biru muda. 
  7. Setiap lapisan tu tekan-tekan dulu sebelum melapis.
  8. Buat cara yang sama sehingga habis.






July 19, 2018

Popia Vietnam

Hari tu pegi ke kedai bakery nak beli bahan-bahan untuk buat kek..ternampak kulit popia ni, lama dah duk cari sebab teringin sangat nak rasa. Sebelum ni duk tengok kawan-kawan duk post kat FB jer.. Apalagi, dah jumpa tu sambar jelah terus.


RESEPI POPIA VIETNAM

Bahan-bahan:
Kulit popia viatnam secukupnya
Salad
Timun batang jepun (hiris memanjang)
Carrot (hiris memanjang)
Bihun @ suhun (dicelur)
Crab stick (dicelur)
Udang (dicelur)

**Inti popia boleh je diubahsuai mengikut selera masing2.

Cara-cara:
1. Celup kulit popia ke dalam air suam sekejap terus angkat.
2. Letak salad dulu, kemudian bahan-bahan lain. Last sekali letak crab stick dan udang.
3. Gulung seperti gulung popia biasa. Kalau tak tahu boleh tengok cara gulung kat youTube.

Untuk sos pula boleh jer makan dengan sos thai dan tambah perahan lemon/ limau nipis.
Ataupun tumbuk bawang putih seulas, cili api (atas kepedasan masing2), sedikit sos ikan, gula dan perahan lemon.


yang ni saya letak salad, suhun, carrot, crab stick & telur jer.

Roti Sosej


Lama betul tak bersiaran dekat blog ni, jarang-jarang baru dapat update. Maklumlah anak-anak makin besar, keje rumah yang tak pernah habis-habis tambah dengan malas lagi hahaha.., lepas tu laptop pulak rosak habis semua gambar masakan hilang..huhu sedih betul.

Kali ni nak share resepi roti sosej yang mudah, anak-anak suka sangat makan roti sosej ni kalau beli singgit 2biji, sosej kat dalam tu punyalah kecik.. Jadi buat sendiri baru puas hati.

RESEPI ROTI SOSEJ

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin (cairkan)
1 biji telur (pukul sikit)
*air suam secawan
*3 sudu besar gula
*2 sudu besar susu pekat
*1 bungkus mauripan
(bahan bertanda* satukan, kacau sebati dan ketepikan dalam 15 minit untuk proses yis mengembang.)
Sosej yang telah dicelur & dikeringkan.(lap guna kitchen towel).

Cara-cara:
1. Satukan planta, tepung dan telur. Kacau sehingga sebati (macam serbuk roti).
2. Kemudian masukkan air suam tadi sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh. Mula-mula memang agak lembik tapi kena uli lama sikit sampai tak melekat pada tangan. Dah jadi doh tumbuk-tumbuk sikit lepas tu rehatkan doh selama 45minit @ sejam.
3. Selepas direhatkan doh akan berganda. uli semula doh tadi dan bolehlah bentukkan dan lilit pada sosej.
4. Biar kembang dulu baru boleh goreng.
5. Kalau nak frozenkan boleh goreng separuh masak je untuk matikan yis.
6. Adunan ni juga boleh untuk buat donut dan pau goreng.



Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...