Raya haritu saya tak buat kek lapis pun..sebab saya balik kampung, kat kampung susah nak cari bahan-bahan untuk buat kek lapis tambahan pula dekat-dekat nak raya memang sesak la jalan kat bandar Jerteh tu jadi malas nak keluar cari bahan takut jalan jem..Jadi kek lapis saya order jela.
Dah lepas raya ni teringin pula nak buat kek lapis, lama dah tak membaking rasanya. Kek ni saya guna pewarna biru tapi tak ktaulah kena lepas bakar nampak macam kaler hijau pulak..tapi tak kisah ler janji rasanya sedap, cuma saya ta puas hati sebab lapisan cheese tu terlebih bakar jadi agak kering sedikit. Yang warna terang tu blueberry, vanilla, yang bawah cheese. Saya pun tak tahu nak leta nama apa kek lapis ni..
Tapikan saya rasa seronok sebab lapisan kek tu nampak kemas dan cantik, maklumlah saya ni bukan pandai sangat buat kek lapis..banyak lagi kena beelajar, rasa cam semangat nak cuba lagi lepas ni..
Bahan-bahan:
- 500gm mentega (sy guna 2 ketul butter golden churn)
- 10 biji telur
- 397gm susu pekat (sy guna satu tin yang rendah tu je)
- 50 gm nestum (kisar)
- 250gm tepung hongkong / gandum
- 130gm gula halus
- 100gm horlick
- 170gm sekaya (sy guna satu tin kecil)
- 250gm cream cheese
- 2 sudu teh vanilla flavour
- 200gm blueberry filling
Cara-cara:
- Pukul mentega dan gula hingga kembang
- Masuk telur satu persatu hingga habis dan masuk susu pekat, sekaya dan sebatikan.
- Masukkan horlick, tepung dan nestum.. Gaul rata ddan bahagikan kepada 3 bahagian: bahagian pertama masukkan blueberry filling dan pewarna biru terang. Bahagian kedua warna biru muda dan vanilla flavour. Bahagian yang ketiga biarkan tanpa pewarna dan masukkan cream cheese yang telah dipukul lembut dan gaul rata.
- Setiap adunan pula dibahagi kepada 5 lapisan. Seperti ni sebab senang nak melapis supaya sama rata setiap lapisan.
- Bakar lapisan cream cheese selapis demi selapis sehingga habis. setiap lapisan dibakar 7-10 minit sehingga atas kek bertukar perang. suhu 180 mengikut oven masing-masing.
- Seterusnya warna biru muda.
- Setiap lapisan tu tekan-tekan dulu sebelum melapis.
- Buat cara yang sama sehingga habis.
No comments:
Post a Comment