July 19, 2018

Roti Sosej


Lama betul tak bersiaran dekat blog ni, jarang-jarang baru dapat update. Maklumlah anak-anak makin besar, keje rumah yang tak pernah habis-habis tambah dengan malas lagi hahaha.., lepas tu laptop pulak rosak habis semua gambar masakan hilang..huhu sedih betul.

Kali ni nak share resepi roti sosej yang mudah, anak-anak suka sangat makan roti sosej ni kalau beli singgit 2biji, sosej kat dalam tu punyalah kecik.. Jadi buat sendiri baru puas hati.

RESEPI ROTI SOSEJ

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin (cairkan)
1 biji telur (pukul sikit)
*air suam secawan
*3 sudu besar gula
*2 sudu besar susu pekat
*1 bungkus mauripan
(bahan bertanda* satukan, kacau sebati dan ketepikan dalam 15 minit untuk proses yis mengembang.)
Sosej yang telah dicelur & dikeringkan.(lap guna kitchen towel).

Cara-cara:
1. Satukan planta, tepung dan telur. Kacau sehingga sebati (macam serbuk roti).
2. Kemudian masukkan air suam tadi sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh. Mula-mula memang agak lembik tapi kena uli lama sikit sampai tak melekat pada tangan. Dah jadi doh tumbuk-tumbuk sikit lepas tu rehatkan doh selama 45minit @ sejam.
3. Selepas direhatkan doh akan berganda. uli semula doh tadi dan bolehlah bentukkan dan lilit pada sosej.
4. Biar kembang dulu baru boleh goreng.
5. Kalau nak frozenkan boleh goreng separuh masak je untuk matikan yis.
6. Adunan ni juga boleh untuk buat donut dan pau goreng.



No comments:

Post a Comment

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...