May 09, 2014

Kek Kukus Marble


Kek kukus lagi, hehe.. saya memang suka makan kek kukus sebab ia lebih lembut & lembab,tambah-tambah kek kukus ni lebih senang & mudah, kali ni saya cuba resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan, terima kasih Che Mat sebab kongsikan resepi ni. 


Sebab Ain sibuk nak menolong masa tengah buat kek ni, tu yang corak jadi camtu, terima kasih yer anak mama, arap-arap bila besar nanti makin rajin tolong mama kat dapur.


BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan mentega (kurang lebih 240 gram)
1/2 cawan gula castor (kurang lebih 100 gram)
3 biji telur gred A
1/4 cawan susu pekat manis (kurang lebih 75 gram)
1/2 cawan seri kaya (kurang lebih 90 gram)
1 1/2 cawan tepung gandum (kurang lebih 230 gram)*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu segar
Pewarna makanan pilihan anda 

CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan kukusan, lanser loyang dengan mentega dan alas dasar loyang dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula kastor hingga gula putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan susu pekat manis dan seri kaya, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Putar rata.
3. Masukkan susu segar dan esen vanilla, putar sekejap dan off kan mixer. Bagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak, satu diberi pewarna merah jambu, kacau rata. Satu diberi pewarna hijau , kacau rata dan satu lagi biar pada warna asal.
4. Sudukan berselang seli setiap adunan dibahagian tengah loyang. Buat hingga siap. Biar adunan merata sendiri dalam loyang (anda boleh senget2kan loyang tadi), lorek dengan chopstick 2 - 3 kali. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam 20 minit.


Kuew teow kungfu/hongkong


Minggu lepas kami bertiga makan kat luar, itu pun gara-gara gas habis, sebenarnya boleh je kalau kol mintak orang hantarkan gas dekat rumah, tapi kerana saya sorang-sorang je kat rumah jadi saya tunggu je husband saya balik kerja baru tukarkan gas. Tapi tak sangka pulak hari tu husband saya busy tersangat, tak dapat pulang tengahari, lewat petang baru pulang. Pulang dari kerja dia cakap takyah masak la, kita makan dekat luar. 

Lepas belek-belek menu akhirnya saya order kuew teow hongkong sebab saya memang dah lama tak makan kuew teow hingkong ni, dulu masa duduk kat Jerteh, kuew teow hongkong ni salah satu menu kegemaran saya bila makan dekat luar. Tapi hampa betul, rasanya tak sama seperti yang selalu saya makan dekat sana. Kuah pulak cair je.. ayam, sayur seciput je.


Disebabkan rasa tak puas hati, saya akhirnya merajinkan diri saya untuk menyediakan sendiri, Jadi inilah dia hasilnya. Puas hati rasa, suami & anak bukan main suka, bertambah-tambah je.


BAHAN-BAHAN KUAH:

2 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang putih - dicincang
Isi ayam - potong kecil-kecil
2 sudu makan sos tiram
2 kiub ayam maggi
Jangung muda
Lobak merah - potong panjang
Bunga kubis
Air secukupnya
2 sudu tepung jagung - bancuh dengan air.
2 biji telur - ambik putih je
Garam secukup ra

p/s: boleh je kalau orang nak tambah udang/sotong ke @ sayur-sayur lain macam sawi/kailan/kubis.

CARA-CARA MEMASAK:

1.       Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2.       Masukkan isi ayam. Kacau hingga separuh masak.
3.       Masukkan sayur, jagung muda, lobak merah & kubis bunga. Kacau sekejap.
4.       Masukkan soa tiram, kacau rata & masukkan air.
5.       Bila air mendidih, masukkan tepung jagung & kiub ayam. Kacau sehingga pekat.
6.       Masukkan telur putih & kacau hingga sebati.
7.       Siap. Tutup api.

CARA-CARA SEDIAKAN MEE KUNG FU/HONGKONG:

1.  Ambil sedikit kuew teow dan pecahkan 2 biji telur ke dalam kuew teow.
2. Gaul hingga sebati. Kemudian panaskan sedikit minyak dan goreng kuew teow hingga garing.
3. Angkat & Boleh dinikmati dengan kuah yang telah disediakan tadi.

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...