May 09, 2014

Kuew teow kungfu/hongkong


Minggu lepas kami bertiga makan kat luar, itu pun gara-gara gas habis, sebenarnya boleh je kalau kol mintak orang hantarkan gas dekat rumah, tapi kerana saya sorang-sorang je kat rumah jadi saya tunggu je husband saya balik kerja baru tukarkan gas. Tapi tak sangka pulak hari tu husband saya busy tersangat, tak dapat pulang tengahari, lewat petang baru pulang. Pulang dari kerja dia cakap takyah masak la, kita makan dekat luar. 

Lepas belek-belek menu akhirnya saya order kuew teow hongkong sebab saya memang dah lama tak makan kuew teow hingkong ni, dulu masa duduk kat Jerteh, kuew teow hongkong ni salah satu menu kegemaran saya bila makan dekat luar. Tapi hampa betul, rasanya tak sama seperti yang selalu saya makan dekat sana. Kuah pulak cair je.. ayam, sayur seciput je.


Disebabkan rasa tak puas hati, saya akhirnya merajinkan diri saya untuk menyediakan sendiri, Jadi inilah dia hasilnya. Puas hati rasa, suami & anak bukan main suka, bertambah-tambah je.


BAHAN-BAHAN KUAH:

2 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang putih - dicincang
Isi ayam - potong kecil-kecil
2 sudu makan sos tiram
2 kiub ayam maggi
Jangung muda
Lobak merah - potong panjang
Bunga kubis
Air secukupnya
2 sudu tepung jagung - bancuh dengan air.
2 biji telur - ambik putih je
Garam secukup ra

p/s: boleh je kalau orang nak tambah udang/sotong ke @ sayur-sayur lain macam sawi/kailan/kubis.

CARA-CARA MEMASAK:

1.       Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2.       Masukkan isi ayam. Kacau hingga separuh masak.
3.       Masukkan sayur, jagung muda, lobak merah & kubis bunga. Kacau sekejap.
4.       Masukkan soa tiram, kacau rata & masukkan air.
5.       Bila air mendidih, masukkan tepung jagung & kiub ayam. Kacau sehingga pekat.
6.       Masukkan telur putih & kacau hingga sebati.
7.       Siap. Tutup api.

CARA-CARA SEDIAKAN MEE KUNG FU/HONGKONG:

1.  Ambil sedikit kuew teow dan pecahkan 2 biji telur ke dalam kuew teow.
2. Gaul hingga sebati. Kemudian panaskan sedikit minyak dan goreng kuew teow hingga garing.
3. Angkat & Boleh dinikmati dengan kuah yang telah disediakan tadi.

No comments:

Post a Comment

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...