July 08, 2014

Puding karamel tanpa telur


Hari ni nak kongsi resepi puding karamel tanpa telur yang mudah dan tak perlu dikukus. Bagi saya puding karamel tanpa telur ni lebih sedap dari puding karamel yang menggunakan telur, tapi itu atas citarasa masing-masing la kan.


Puding ni saya buat untuk juadah berbuka pada puasa yang ke 6, biasanya kalau buat kuih muih untuk berbuka saya hanya akan buat 1 jenis je, sebabnya saya sorang je yang tukang ngabisnye, suami saya kalau dah bertambah 2,3 pinggan nasi mana nak pandang kuih lagi. 


BAHAN A ( gula hangus ) :

2 sudu besar gula pasir

BAHAN B ( puding ) :

1 peket serbuk agar-agar
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sk esen vanilla

CARA-CARANYA :

1. Buat gula hangus dulu, dan masukkan ke dalam loyang.

2. Satukan bahan B dan masak di atas dapur dengan api sederhana. Adunan kena kacau kerana takut tepung kastard akan berketul@bergentel.
3. Apabial adunan mendidih dan pekat, tutup api dan tapis kedalam loyang yang mengandungi gula hangus tadi. 

4. Biarkan sejuk dahulu baru masukkan ke dalam peti ais. 



July 07, 2014

Sotong bakar bersambal


Alhamdulillah hari ni dah masuk 9 Ramadhan. Rasa syukur sangat sebab dikurniakan tubuh badan yang sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar. Sejak akhir-akhir ni tak berapa rajin nak mengupdate blog, padahal hari-hari duk snap gambar masakan, lepas 2 terperap kat dalam folder, bila mood rajin datang baru la post.


Sotong bakar bersambal ni memang best, makan dengan nasi panas..memang tak pandang lauk lain dah. Ok la tak yah nak membebel panjang-panjang, kita semak resepi dulu.

BAHAN-BAHAN :

10 tangkai cili kering - celur dan kisar*
1 biji lada merah*
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 batang serai*
sedikit lengkuas*
sedikit halia*
sedikit belacan*
sedikit air asam jawa
garam, gula dan perasa secukupnya
sotong
aluminium foil
daun pisang
limau kasturi
(*)-dikisar bersama

CARA-CARANYA :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan sedikit air asam jawa sekadar buat rasa-rasa saja.
2. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Masak sambal lama sedikit hingga kering air dengan api perlahan. Keraplah dikacau agar tidak hangus. Sejukkan.
3. Sediakan aluminium foil dan daun pisang letakkan sotong dan masukkan sambal yang telah siap dimasak tadi. Bungkus rapi.
4. Bakar selama lebih kurang 20 minit.
5. Hidangkan bersama perahan jus limau kasturi.


July 02, 2014

Ayam Percik


Selamat berpuasa buat semua umat islam, hari ni dah masuk hari ke 4 kita menunaikan ibadat puasa dan saya belum lagi menjejak kaki ke bazar ramadan, semua lauk dan kuih seboleh-bolehnya saya masak sendiri, jimat dan terjamin kebersihannya hehe.. yang sebenarnya saya bimbang juga kalau saya ke bazar ramadan saya akan terlebih berbelanja, rambang mata nanti. Tambahan pula keluarga kecil macam saya ni, bertiga je. Ain pula bukannya puasa. Jadi saya masak je ala kadar, kalau banyak boleh hulur-hulurkan pada jiran.

Kali ni nak kongsikan resepi ayam percik, dah lama sebenarnya tak masak ayam percik ni biasa la kalau bulan puasa ni rasa macam nak masak masakan yang special sikit hehe..yang jarang-jarang dimasak. Lagipun kat bazar ramadan di Sarikei ni mana ada jual ayam percik ni, kalau ada pun tak sama yang selalu saya makan dekat Jerteh.


BAHAN A :

Setengah ekor ayam - dipotong 4 
1 biji kelapa - diambil pati santan
1 keping asam gelugur
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 1/2 sudu kecil ketumbar
2 batang serai - diketuk
5 sudu makan minyak masak

BAHAN B ( Dikisar ) :

3 biji buah keras
5 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas

 CARA-CARA :

1. Goreng jintan manis, jintan putih dan ketumbar tanpa minyak. Kemudian tumbuk halus.
2. Bersihkan ayam dan tuskan hingga kering.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan (B) yang dikisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan serai, pati santan,asam gelugur, garam, gula dan bahan yang ditumbuk. Masak dengan api yang kecil.
5. Kacau sehingga mendidih, kemudian masukkan ayam dan masak hingga separuh masak.
6. Kemudian angkat ayam dan bakar hingga garing.
7. Baki kuah pula, masak hingga kuah menjadi pekat.
8. Bila ayam sudah masak, curahkan kuah ke atas ayam..





Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...