- 1/2 cawan tepung gandum*
- 2 sudu besar tepung kastard / tepung jagung*
- 4 sudu kecil gula icing (penuh membukit)
- 4 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- Secubit garam
- 2 sudu besar / 35g minyak jagung
- 1/4 cawan susu segar
Bahan B:
- 4 biji putih telur
- 4 sudu kecil gula icing (penuh membukit)
- 1 sudu teh krim of tartar
Bahan C:
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung kastard
- 3/4 @ 1 cawan susu segar
- 1 biji telur
- 4 sudu besar gula
~ Satukan semua bahan, kacau rata dan masak sampai pekat.
Cara-cara:
- Ayak bahan bertanda* dan ketepikan.
- Pukul kuning telur + gula + esen + garam sampai berkrim
Kalau susah nak asingkan telur kuning dan putih boleh guna benda ni tapi pastikan tiada setitik pun kuning telur atau air dalam putih telur.
- Masukkan minyak jagung + susu segar. Kacau lagi.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Ketepikan.
- Mixer bahan B ( putih telur + gula + krim of tartar ) sampai bertanduk.
- Masukkan adunan B kedalam adunan A sedikit demi sedikit dan kaup balikkan sampai sebati.
- Masukkan dalam cup. Bakar suhu 170 darjah dalam masa 20-25 minit.
- Bila dah masak, tunggu sejuk baru paipkan krim kastard dalam cupcake. Saya guna chopstick untuk buat lubang kecil ditengah cupcakes utk letak krim kastard.
kalau nak cantik isi adunan 3/4 dalam cup tu. Saya tak cukup cup tu yang isi penuh-penuh.
No comments:
Post a Comment