March 27, 2014

Gulai tempoyak ikan talapia merah



Lauk tengahari kemarin, gulai tempoyak ikan talapia merah, memang sedap. Biasanya ikan ni saya selalu stim atau panggang tapi kemarin rasa nak ubah selera, apalagi search je dekat google cari resepi yang berkaitan dengan ikan ni. 


Lepas singgah kat beberapa blog, akhirnya saya memilih resepi gulai tempoyak ikan talapia merah Dari Dapur Maklong, nampak sedap je bila tengok gambar masakan kat blog Maklong, terima untuk resepi ni yer Maklong. Kuantiti bahan-bahan saya kurangkan sebab saya masak sikit je, maklumlah tiga beranak je, masak banyak-banyak membazir pulak nanti.

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan talapia merah - potong 4
3 sudu makan tempoyak*
1/2 inci kunyit hidup*
4 biji cili merah*
segenggam cili api merah* - xletak,takut pedas sgt nnti.
5 ulas bawang merah*
3 batang serai dititik
3 helai daun kunyit - xletak,xde stok
Garam & aji
Sedikit gula kalau suka

CARA-CARA:

1. Ikan talapia, gaulkan dengan garam dan asam jawa. supaya hilang hanyir. Bilas bersih2.
2. Blend bahan2 bertanda (*).. masukkan kedalam peiuk bersama 
serai dan air secukupnya.,didihkan
3. Kemudiaan masukkan ikan dan masukkan juga daun kunyit, garam, aji dan gula secukup rasa.
4. Bila ikan dah masak.. tutup api.. sedia untuk dihidang..





March 26, 2014

Daging burger masak sos



Kali ni nak share resepi yang simple, daging burger masak sos. Senang la sangat nak buat ni, kalau malas nak masak yang rumit-rumit boleh la cuba resepi ni. Kadang-kadang tu ada juga rasa malas je nak masak, kan bagus kalau ada yang masakkan untuk kita kan? Tapi dah memang tugas kita, rajin ke, malas ke, kena juga masak. Syukur sangat sebab husband dan anak tak cerewet bab makan ni, masak apa pun dorang makan, tak pernah komplen.
Walaupun simple, tapi anak saya suka sangat, biasanya kalau saya buat sosej masak sos dia tak makan, takut pedas, tapi daging burger ni suka pulak dia makan.


BAHAN-BAHAN:

4 keping daging burger - potong ikut suka.
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili merah - potong serong
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula - secukup rasa.

CARA-CARA:

1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili.
2. Kemudian masukkan pula sos cili dan sos tiram, kacau sebati dan masukkan daging burger. Gaul-gaul sebati.
3. Lepas itu boleh la perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar sedikit garing kemudian boleh la angkat.






March 20, 2014

Kuih Lapis Mudah



First time buat kuih lapis, sebelum ni kalau rasa nak makan beli je. Alhamdulillah..menjadi, caranya memang mudah dan rasanya pun sedap. Terima kasih banyak2 dekat tuan punya resepi ni tulip77 My Resipi. Bila duduk sendiri ni saya banyak belajar dan mencuba macam-macam resepi kuih muih, sebabnya en. husband memang suka makan, lepas tu siap cakap dengan husband, puasa tahun ni tak payah nak membazir duit beli kuih dekat bazar ramadhan, nanti mama sendiri yang masak..hmm, yela tu...

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (Boleh kurangkan kalau x suka manis sgt)
1 sudu kecil garam
2 paket santan serbuk
1 sudu kecil minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc. (Sy guna warna hijau&warna asli)
4 cawan air

CARA-CARA:
  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna hijau & satu lagi biarkan tanpa pewarna. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna hijau & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5 minit,masukkan pula 1 cawan adunan tanpa pewarna dan kukus selama 2 minit. Kemudian selang selikan sehingga adunan habis.
  6. Lapis yang terakhir dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dengan hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Untuk lebih kemas,kuih ini boleh dipotong dengan benang dan setiap lapisan kuih ini boleh dibuka :)

* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

March 15, 2014

Karipap Kentang Ayam



2, 3 hari ni asyik breakfast dengan karipap, maklumla hari tu buat karipap dalam setengah kilo gandum banyak biji gak dapat, separuh saya frozenkan.. Bila rasa nak makan hanya goreng jelakan.. Orang cakap karipap sedap disebabkan intinya, tapi kalau tambah dengan pastri yang ranggup mesti bertambah-tambah lagi la sedapnya.. 



BAHAN-BAHAN UNTUK PASTRI:

500 gram / setengah kilo gandum
setengah cawan butter / majerin - dicairkan
Air sejuk dari peti ais
1 sudu kecil garam

CARA-CARA:

1. Masukkan tepung dan garam dalam bekas yang besar, gaul dan buat lubang ditengah-tengah kemudian masukkan butter yang telah dicairkan.
2. Gaul guna sudu dulu, bila dah kurang panas gaul sebati sehingga menjadi seakan serbuk roti.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh, kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti ais selama setengah jam.

BAHAN-BAHAN INTI :

3 biji kentang - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
Sedikit isi ayam - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar serbuk kari
Sedikit daun sup - xnak letak pun xpe
Garam & gula secukup rasa

CARA-CARA :
1. Rebus kentang hingga 3/4 masak. toskan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kari dan tumis seketika.
4. Masukkan isi ayam dan tumis lagi.
5. Masukkan kentang dan sedikit air, dan masak sampai kentang empuk. gaul-gaulkan sentiasa supaya bahagian bawah tidak hangus.
6. Perasakan garam dan gula secukup rasa dan masukkan daun sup yang dicincang jika suka.




Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...