First time buat kuih lapis, sebelum ni kalau rasa nak makan beli je. Alhamdulillah..menjadi, caranya memang mudah dan rasanya pun sedap. Terima kasih banyak2 dekat tuan punya resepi ni tulip77 My Resipi. Bila duduk sendiri ni saya banyak belajar dan mencuba macam-macam resepi kuih muih, sebabnya en. husband memang suka makan, lepas tu siap cakap dengan husband, puasa tahun ni tak payah nak membazir duit beli kuih dekat bazar ramadhan, nanti mama sendiri yang masak..hmm, yela tu...
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (Boleh kurangkan kalau x suka manis sgt)
1 sudu kecil garam
2 paket santan serbuk
1 sudu kecil minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc. (Sy guna warna hijau&warna asli)
4 cawan air
CARA-CARA:
- Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
- Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna hijau & satu lagi biarkan tanpa pewarna. Kacau biar warna sekata.
- Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna hijau & kukus selama 5 minit.
- Lepas 5 minit,masukkan pula 1 cawan adunan tanpa pewarna dan kukus selama 2 minit. Kemudian selang selikan sehingga adunan habis.
- Lapis yang terakhir dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
- Dengan hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Untuk lebih kemas,kuih ini boleh dipotong dengan benang dan setiap lapisan kuih ini boleh dibuka :)
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
No comments:
Post a Comment