Biasanya saya makan ubi rebus cicah nyor yang digaul gula dan garam jer tapi bila datang sarawak tengok family suami makan dengan ikan masin, pastu ada sesetengah tempat makan dengan sambal tumis. Jadi kita gabung jer semua..
October 26, 2017
Breakfast dengan ubi kayu rebus..sedapnya.
October 13, 2017
Nasi minyak gulai ayam
Dulu masa duduk kat kampung pagi-pagi kalau rasa nak makan nasi minyak ke, nasi dagang ke, nasi berlauk, nasi kerabu.. boleh jer beli. Bila duduk kat Sarawak ni nak makan macam kat tempat sendiri memang takde la.. nak taknak kena buat sendiri bila nak makan.
Bila duduk kat tempat orang ni banyak benda yang kita akan rindu, banyak benda yang berubah. Kadang-kadang tu rasa sunyi, jauh dari family, saudara mara apatah lagi kawan-kawan. Tapi ada hikmahnya, Allah jauhkan kita dengan orang-orang yang kita rapat, tempat kita bercerita, mengadu kerana DIA nak kita lebih dekat dengan DIA. Sungguh, takdir Allah swt tu cukup indah.
Kalau dulu tak reti sangat masak, tapi bila duk merantau kat negeri orang ni macam-macam kita belajar buat sendiri, yang dulu hanya reti makan jer, sekarang dah pandai buat sendiri dah.
NASI MINYAK GULAI AYAM
Bahan-bahan Nasi:
- 3 cawan beras
- 2 sudu makan marjerin
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak sapi
- 1/2 cawan susu cair
- 1 helai daun pandan
- 1 biji bawang besar (mayang)
- 2cm halia*
- 2 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- Air mengikut sukatan beras
- Garam secukup rasa
*tumbuk lumat/kisar
Bahan tumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 kuntum bunga cengkih
Cara memasak:
- Basuh beras bersih dan tos airnya.
- Panaskan minyak bersama marjerin dan minyak sapi kemudian tumis kesemua bahan tumis, bersama bawang besar yang dimayang, bahan kisar serta daun pandan hingga wangi.
- Masukkan air dan kacau rata. Biarkan mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan garam bersama susu cair dan beras. Kacau rata dan biarkan hingga nasi kering.
- Apabila kering, letakkan pewarna merah. Kaup balikkan nasi dan biarkan hingga nasi masak.
Bahan-bahan Gulai ayam:
- 1 ekor ayam (potong kecil)
- 125ml santan pekat
- 3 sudu makan rempah kari
- 3 sudu makan cili kisar
- 4 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1cm halia*
- 1cm lengkuas*
- 1cm kunyit hidup*
- 2 sudu makan kerisik
- 3 biji kentang (belah 4)
- 2 keping asam keping
- Air secukupnya
- Garam, gula & gula melaka secukupnya
(* bahan dikisar)
Bahan tumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama cili kisar dan bahan-bahan yang dikisar. Biarkan hingga naik bau dan garing.
- Apabila garing, masukkan rempah kari yang dibancuh bersama sedikit air dan kacau rata sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam bersama kentang, asam keping dan air secukupnya. Biar masak seketika.
- Setelah itu masukkan santan pekat dan kacau hingga mendidih.
- Perasakan dengan garam, gula dan gula melaka kemudian biarkan mendidih hingga pekat kuahnya.
- Angkat dan hidang bersama nasi minyak.
Bahan-bahan Acar mentah:
Cara-cara:
Bahan-bahan Sambal belacan:
Cara-cara:
- 1 btg timun batang (hiris panjang2)
- 1 btg carrot (hiris panjang2)
- 2 biji cili merah (hiris panjang2)
- 3 biji bawang merah (hiris nipis2)
- 3 sudu cuka
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu besar gula
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan & gaul sebati.
- Biarkan dalam peti sejuk seketika supaya rasanya diserap sekata.
Bahan-bahan Sambal belacan:
- 2 biji cili merah
- 5 biji cili padi (kalau suka pedas le)
- Belacan (terpulang le byk mana ikut citarasa)
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar gula
- 2 biji perahan limau nipis
Cara-cara:
- Tumbuk semua bahan kecuali limau nipis.
- Apabila dah lumat, perah limau nipis.
- Siap.
October 12, 2017
Resepi cream puff yang mudah
Ini cream puff yang saya buat minggu lepas kudapan petang untuk anak-anak, alhamdulillah anak-anak suka sangat, saya buat kecik-kecik jer, comel-comel gitu. Senang nak makan, sekali ngap jer.
Resepi cream puff ni saya tak ingat saya ambik kat mana, sebab saya salin dalam buku. Resepi ni memang mudah, sukatan guna cawan jer, tak banyak songeh sangat.
RESEPI CREAM PUFF & SOS KASTARD
Bahan-bahan cream puff:
- 1/2 cawan butter
- 1 cawan air
- 1 cawan tepung gandum (ayak)
- Secubit garam
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
- Masukkan butter dan air dalam periuk, didihkan. Bila dah mendidih masukkan tepung gandum yang telah diayak.
- Kacau laju-laju sampai tepung tidak melekat pada periuk. Tutup api dan masukkan kedalam bekas lain.
- Bila adunan sejuk, masukkan esen vanilla, garam secubit dan masukkan telur satu persatu dan kacau sebati dan buatlah sehingga habis telur.
- Boleh jugak menggunakan mixer dengan kelajuan yang maksimum.
- Adunan yang dihasilkan perlu lah licin dan berkilat.
- Masukkan adunan dalam piping beg dan paipkan ikut kreativiti sendiri.
- Sebelum membakar renjiskan sedikit air di atas choux pastry (Tujuan nya utk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry.)
- Bakar lah choux pastry pada suhu 220'C pada 15 minit pertama, dan turunkan ke suhu 190'C dan bakar lagi selama 15 minit. Jangan sekali keluarkan choux pastry sebelum ia nya cukup keras dan masak. Kerana ini akan menjatuhkan choux pastry, jugak jangan sekali membuka oven ketika proses pembakaran ini.
Bahan-bahan sos kastard:
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 1/2 cawan fresh milk
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 sudu besar gula
Cara-cara:
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan kacau sebati kemudian masak hingga pekat diatas api sederhana.
Cara menyediakan Cream Puff:
- Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
- Paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
- Tabur gula icing diatasnya.
October 11, 2017
Nasi Ayam Sempoi
Sape suka makan nasi ayam angkat tangan.. hihi.. Kami sekeluarga memang suka makan nasi ayam, selain sedap ianya mudah disediakan dan yang paling penting dah tak perlu pening-pening nak fikir nak buat lauk apa dah..
Saya kalau rasa malas nak masak atau tak tahu nak masak, ini lah yang akan jadi menu, nasi ayam stail saya memang mudah..campak-campak jer.sempoikan..
NASI AYAM SEMPOI
Bahan untuk ayam (rebus):
1 ekor ayam (potong ikut suka, sy suka potong besar2)
4 ulas bawang putih (diketuk)
3cm halia (diketuk)
1 kiub ayam
Air secukupnya
Bahan perap:
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
1cm halia(tumbuk halus)
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
Cara-cara:
Bersihkan ayam, masukkan dalam periuk bersama semua bahan-bahan yang lain. Rebus hingga empuk. Angkat ayam dan perap ayam dengan bahan perap selama 1/2 jam. Kemudian goreng mengguna api sederhana sekejap dan angkat.
Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
sedikit garam
1 kulit kayu manis*
1 bunga lawang*
2 buah pelaga*
Sedikit serbuk kunyit utk warna (xnak letak pun xpe)
Cara-cara:
Basuh beras dan toskan air. Panaskan butter lalu tumis rempah (*), halia dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan air rebusan ayam, beras kedalam rice cooker, sedikit garam, serbuk kunyit serta bahan yang ditumis dan masak nasi seperti biasa.
Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato (xletak pun xpe)
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
gula secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam
Cara-cara:
Kisar semua bahan-bahan sos diatas dan dimasak sebentar untuk naikkan aroma.
Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
Kiub ayam
Daun sup dan daun bawang yang dihiris
Cara-cara:
Didihkan air rebusan ayam bersama kiub ayam dan masukkan garam secukup rasa jika perlu. Taburkan bawang goreng, daun sup & daun bawang.
Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam diatas tadi
Kicap manis
Sedikit air rebusan ayam
Cara-cara:
Campur semua bahan dan masak sekejap.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pulut Pagi Kacang Merah
First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...
-
Kali ni nak share resepi yang simple, daging burger masak sos. Senang la sangat nak buat ni, kalau malas nak masak yang rumit-rumit bo...
-
Kalau sebelum ni saya pernah kongsikan resepi umai obor-obor kali ni pulak saya kongsikan pula resepi umai ikan pirang. Bahan-bahan ...