October 13, 2017

Nasi minyak gulai ayam


Dulu masa duduk kat kampung pagi-pagi kalau rasa nak makan nasi minyak ke, nasi dagang ke, nasi berlauk, nasi kerabu.. boleh jer beli. Bila duduk kat Sarawak ni nak makan macam kat tempat sendiri memang takde la.. nak taknak kena buat sendiri bila nak makan. 

Bila duduk kat tempat orang ni banyak benda yang kita akan rindu, banyak benda yang berubah. Kadang-kadang tu rasa sunyi, jauh dari family, saudara mara apatah lagi kawan-kawan. Tapi ada hikmahnya, Allah jauhkan kita dengan orang-orang yang kita rapat, tempat kita bercerita, mengadu kerana DIA nak kita lebih dekat dengan DIA. Sungguh, takdir Allah swt tu cukup indah. 

Kalau dulu tak reti sangat masak, tapi bila duk merantau kat negeri orang ni macam-macam kita belajar buat sendiri, yang dulu hanya reti makan jer, sekarang dah pandai buat sendiri dah.


NASI MINYAK GULAI AYAM

Bahan-bahan Nasi:
  • 3 cawan beras
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 helai daun pandan
  • 1 biji bawang besar (mayang)
  • 2cm halia*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • Air mengikut sukatan beras
  • Garam secukup rasa

*tumbuk lumat/kisar

Bahan tumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Cara memasak:
  1. Basuh beras bersih dan tos airnya.
  2. Panaskan minyak bersama marjerin dan minyak sapi kemudian tumis kesemua bahan tumis, bersama bawang besar yang dimayang, bahan kisar serta daun pandan hingga wangi.
  3. Masukkan air dan kacau rata. Biarkan mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan garam bersama susu cair dan beras. Kacau rata dan biarkan hingga nasi kering.
  5. Apabila kering, letakkan pewarna merah. Kaup balikkan nasi dan biarkan hingga nasi masak.
Bahan-bahan Gulai ayam:
  • 1 ekor ayam (potong kecil)
  • 125ml santan pekat
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 4 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1cm halia*
  • 1cm lengkuas*
  • 1cm kunyit hidup*
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 biji kentang (belah 4)
  • 2 keping asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam, gula & gula melaka secukupnya
(* bahan dikisar)

Bahan tumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama cili kisar dan bahan-bahan yang dikisar. Biarkan hingga naik bau dan garing.
  2. Apabila garing, masukkan rempah kari  yang dibancuh bersama sedikit air dan kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan ayam bersama kentang, asam keping dan air secukupnya. Biar masak seketika.
  4. Setelah itu masukkan santan pekat dan kacau hingga mendidih.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan gula melaka kemudian biarkan mendidih hingga pekat kuahnya.
  6. Angkat dan hidang bersama nasi minyak.
Bahan-bahan Acar mentah:
  • 1 btg timun batang (hiris panjang2) 
  • 1 btg carrot (hiris panjang2) 
  • 2 biji cili merah (hiris panjang2) 
  • 3 biji bawang merah (hiris nipis2) 
  • 3 sudu cuka 
  • 1/2 sudu teh garam 
  • 2 sudu besar gula 

Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan & gaul sebati. 
  2. Biarkan dalam peti sejuk seketika supaya rasanya diserap sekata. 

Bahan-bahan Sambal belacan:
  • 2 biji cili merah 
  • 5 biji cili padi (kalau suka pedas le) 
  • Belacan (terpulang le byk mana ikut citarasa) 
  • 1/2 sudu teh garam 
  • 1 sudu besar gula 
  • 2 biji perahan limau nipis 

Cara-cara:
  1. Tumbuk semua bahan kecuali limau nipis. 
  2. Apabila dah lumat, perah limau nipis. 
  3. Siap.


No comments:

Post a Comment

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...