October 12, 2017

Resepi cream puff yang mudah


Ini cream puff yang saya buat minggu lepas kudapan petang untuk anak-anak, alhamdulillah anak-anak suka sangat, saya buat kecik-kecik jer, comel-comel gitu. Senang nak makan, sekali ngap jer. 




Resepi cream puff ni saya tak ingat saya ambik kat mana, sebab saya salin dalam buku. Resepi ni memang mudah, sukatan guna cawan jer, tak banyak songeh sangat.

RESEPI CREAM PUFF & SOS KASTARD

Bahan-bahan cream puff:
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum (ayak)
  • Secubit garam
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla



Cara-cara:
  1. Masukkan butter dan air dalam periuk, didihkan. Bila dah mendidih masukkan tepung gandum yang telah diayak.
  2. Kacau laju-laju sampai tepung tidak melekat pada periuk. Tutup api dan masukkan kedalam bekas lain.
  3. Bila adunan sejuk, masukkan esen vanilla, garam secubit dan masukkan telur satu persatu dan kacau sebati dan buatlah sehingga habis telur.
  4. Boleh jugak menggunakan mixer dengan kelajuan yang maksimum.
  5. Adunan yang dihasilkan perlu lah licin dan berkilat.
  6. Masukkan adunan dalam piping beg dan paipkan ikut kreativiti sendiri.
  7. Sebelum membakar renjiskan sedikit air di atas choux pastry (Tujuan nya utk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry.)
  8. Bakar lah choux pastry pada suhu 220'C pada 15 minit pertama, dan turunkan ke suhu 190'C dan bakar lagi selama 15 minit. Jangan sekali keluarkan choux pastry sebelum ia nya cukup keras dan masak. Kerana ini akan menjatuhkan choux pastry, jugak jangan sekali membuka oven ketika proses pembakaran ini.



Bahan-bahan sos kastard:
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/2 cawan fresh milk
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu besar gula
Cara-cara:
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan kacau sebati kemudian masak hingga pekat diatas api sederhana.

Cara menyediakan Cream Puff:


  1. Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
  2. Paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
  3. Tabur gula icing diatasnya.






No comments:

Post a Comment

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...