December 23, 2017

Kek puding karamel

Hidup ini adalah ujian, sama ada kita susah, kita senang. Kita sihat atau sakit. Semuanya itu ujian. Musibah yang menimpa yang membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT itu sebenarnya nikmat dan kesenangan yang menjadikan kita leka dan jauh dari Allah SWT itu adalah musibah. 

Kali ini nak share resepi kek puding karamel yang mudah yang menggunakan sukatan cawan. Jadi mudahkan tak payah nak timbang-timbang bahan. Dulu saya ingat susah nak buat kek ni tapi bila dah cuba buat sekali eh, takla rumit..tengok resepi jer nampak rumit..tapi senang jer sebenarnya.


RESEPI KEK PUDING KARAMEL

Bahan-bahan A:
  • 6 biji putih telur gred A(jgn ada walaupun setitik kuning telur / air nanti merigue tak jadi)
  • 4 sudu besar gula kastor / gula halus
  • 1 sudu teh krim tartar.
~ Putar sehingga adunan kental, tidak jatuh jika diterbalikkan.

Bahan-bahan B:
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 4 sudu besar gula kastor / gula halus
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air
  • 1/3 cawan minyak jagung (sy guna minyak masak je)
~ Ayak bersama bahan bertanda*
~ Putar kuning telur, air, gula dan minyak sehingga kembang.
~ Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
~Sebatikan.
~ Masukkan adunan A sedikit demi sedikit kedalam adunan B kaup balikkan sahaja.
~ Bahagi aduan kepada beberapa bahagian dan warna mengikut citarasa masing-masing.

Bahagian Karamel

Untuk gula hangus - 4 sudu besar gula kasar masak atas api (dalam loyang 8cm) biar cair dan ratakan.

Bahan-bahan puding:
  • 1 cawan susu cair
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
~ Kacau sebati perlahan.

Cara-cara:
  1. Tapis adunan puding karamel ke dalam loyang berisi gula hangus tadi.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan ke atas adunan puding tadi. Jangan risau aduanan kek takkan tenggelam dalam adunan puding. 
  3. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 10 minit.
  4. Masukkan air panas gelegak ke dalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ke dalam loyang yang berisi air. (Bakar kaedah stim bake untuk elakkan karamelnya hangus.)
  5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi guna api atas dan bawah.
  6. Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk jangan letak dalam peti. Kek akan turun dan mengecut dengan sendirinyadari loyang. 
  7. Terbalikkan kek perlahan-lahan. Selamat mencuba.   










December 19, 2017

Kek lapis tembikai





Lama dah buat kek lapis ni, masa dekat-dekat nak raya dulu.. baru sekarang ada kesempatan nak update dalam blog. Alhamdulillah walaupun saya ni bukanlah orang sarawak, tak pernah belajar pun buat kek lapis sarawak tapi suka-suka mencuba resepi dari internet je, sebab duduk kat sarawak kena la belajar buat sendiri takkan nak beli je kan.. 

Bak kata orang omputeh 'practice make perfect'. Dulu memula buat kek lapis memang tak berapa cantik, lapis tak sama, tapi bila dah selalu buat hasilnya cukup membuatkan saya happy.



RESEPI KEK LAPIS TEMBIKAI

Bahan-bahan:
  • 10 biji telur
  • 16 ozs mentega (450g)
  • 200g gula halus
  • 300g tepung hongkong
  • 1 tin kecil sekaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 peket serbuk santan (50g)
  • 1 botol coklat chips (untuk jadikan biji tembikai)
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna hijau, kuning & merah
Cara-caranya:
  1. Sediakan loyang & griskan dasarnya dengan sedikit mentega dan lapik dengan kertas minyak.
  2. Panaskan oven pada suhu 175-190 c.
  3. Pukul mentega, gula, esen vanilla dan ovalette dengan kelajuan tinggi sehingga putih & kembang. 
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
  5. Perlahankan mixer, masukkan susu pekat, sekaya dan serbuk santan. Pukul lagi sehingga adunan bergaul rata.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul lagi hingga sebati.
  7. Bahagikan aduan kepada 3 bahagian.
  8. Bahagian 1: Berikan warna hijau. Warna hijau ada 3 lapisan dan setiap lapisan disukat dengan 2 senduk nasi. Bermakna semuanya ada 6 senduk nasi untuk adunan warna hijau.
  9. Bahagian 2: Berikan warna kuning. Warna kuning ada 2 lapisan dan setiap lapisan disukat dengan 2 senduk nasi. Bermakna ada 4 senduk nasi untuk adunan warna kuning.
  10. Bahagian 3: Beri warna merah. Setiap lapisan letak 2 senduk nasi untuk warna merah untuk setiap lapis sehingga adunan merah habis.
  11. Cara melapis: Lapiskan adunan hijau terlebih dahulu sebanyak 2 senduk nasi kedalam loyang dan ratakan. Bakar lapisan pertama sehingga masak kira-kira 6-7 minit. Bila sudah masak tekan dengan penekan kek agar rata. Kemudian lapis lagi adunan hijau sebanyak 2 senduk lagi. Buat sehingga menjadi 3 lapisan.
  12. Kemudian sambung pula dengan melapis aduan kuning. Buat sama seperti adunan warna hijau tapi sebanyak 2 lapisan.
  13. Akhir sekali, lapiskan adunan warna merah sebanyak 2 senduk nasi setiap lapis. Setiap lapisan ditabur dengan chocolate chips. Buat sampai habis.

December 15, 2017

Apam puteri ayu / kuih seri ayu






Salah satu kuih kegemaran saya, puas hati kalau buat sendiri, rasa lemak santan cukup, kelapa pun banyak barulah sedap. Dulu tak pandai pun nak buat kuih muih ni, tapi bila jauh dari mak serba serbi belajar buat sendiri. Tu pun belajar dari internet jer. Sekarang mudah serba serbi dihujung jari cuma rajin atau malas jer.


RESEPI PUTERI AYU

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 sk ovellete
  • 1 sk perisa pandan
  • Pewarna hijau
  • Kelapa putih + sedikit tepung gandum + garam
Cara-cara:
  1. Pukul gula dan telur hingga kembang dan masukkan ovellete dan pukul lagi.
  2. Masukkan tepung gandum, santan, perisa pandan dan pewarna hijau. Pukul sebati. 
  3. Gaul kelapa putih dengan sedikit tepung gandum dan garam. Kemudian isi kelapa putih kedalam acuan yang sudah disapu minyak. Tekan sikit supaya mampat.
  4. Tuang adunan. Kukus lebih kurang 7 minit.
  5. Pastikan tudung kukusan dibalut dengan kain agar wap air tidak menitis.





December 06, 2017

Kerang air asam

Apa khabar hari ini? Sihat? Syukurlah.. Ucaplah Alhamdulillah sentiasa kerana terlalu banyak nikmat yang diberi olehNya.. Walaupun hidup ini tak selalu indah kerana selagi kita menginjak bumi kita takkan lepas dari diuji.. Anggaplah setiap ujian yang datang tu sebagai tarbiyah, kita manusia kadang-kadang alpa dan lupa. Adakalanya kita leka. Ujian yang datang sebagai teguran buat kita.
Hari ini nak share resepi kerang air asam. Resepi yang mudah dan sedap. Memang sedap sangat makan dengan nasi panas-panas, tak pandang lauk lain dah tapi kalau ratah camtu jer pun sedap.

RESEPI KERANG AIR ASAM

Bahan-bahan:
  • 1kg kerang - bersihkan cengkerangnya sampai betul-betul bersih & rebus sampai masak. Kemudian buang sebelah kulit kerang.
  • 5 ulas bawang putih
  • 6-7 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 1 1/2 keping gula melaka (boleh juga guna gula perang)
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi (bancuh dengan sedikit air panas, kalau nak masam lg boleh lebihkan.)
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 biji limau nipis - dipotong, perah & kulit digaul sekali nanti untuk dapatkan aroma citrus)
  • 1 biji tomato - dipotong mengikut citarasa
  • sedikit mangga muda - diparut (yang ni saya tambah, taknak letak pun takpe.)
Cara-cara:
  1. Rebus kerang, kopek sebelah dan biarkan sebelah lg dengan isi kerang. ketepikan.
  2. Tumbuk cili padi, bawang putih, gula melaka. separa lumat.
  3. Masukkan air asam jawa. Sebatikan.
  4. Perah limau nipis. Pastu masukkan sekali kulit limau.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Gaul.
  6. Masukkan tomato, gaul sebati dan curah atas kerang yang direbus tadi.
Siap, sedia untuk dinikmati.

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...