December 23, 2017

Kek puding karamel

Hidup ini adalah ujian, sama ada kita susah, kita senang. Kita sihat atau sakit. Semuanya itu ujian. Musibah yang menimpa yang membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT itu sebenarnya nikmat dan kesenangan yang menjadikan kita leka dan jauh dari Allah SWT itu adalah musibah. 

Kali ini nak share resepi kek puding karamel yang mudah yang menggunakan sukatan cawan. Jadi mudahkan tak payah nak timbang-timbang bahan. Dulu saya ingat susah nak buat kek ni tapi bila dah cuba buat sekali eh, takla rumit..tengok resepi jer nampak rumit..tapi senang jer sebenarnya.


RESEPI KEK PUDING KARAMEL

Bahan-bahan A:
  • 6 biji putih telur gred A(jgn ada walaupun setitik kuning telur / air nanti merigue tak jadi)
  • 4 sudu besar gula kastor / gula halus
  • 1 sudu teh krim tartar.
~ Putar sehingga adunan kental, tidak jatuh jika diterbalikkan.

Bahan-bahan B:
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 4 sudu besar gula kastor / gula halus
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air
  • 1/3 cawan minyak jagung (sy guna minyak masak je)
~ Ayak bersama bahan bertanda*
~ Putar kuning telur, air, gula dan minyak sehingga kembang.
~ Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
~Sebatikan.
~ Masukkan adunan A sedikit demi sedikit kedalam adunan B kaup balikkan sahaja.
~ Bahagi aduan kepada beberapa bahagian dan warna mengikut citarasa masing-masing.

Bahagian Karamel

Untuk gula hangus - 4 sudu besar gula kasar masak atas api (dalam loyang 8cm) biar cair dan ratakan.

Bahan-bahan puding:
  • 1 cawan susu cair
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
~ Kacau sebati perlahan.

Cara-cara:
  1. Tapis adunan puding karamel ke dalam loyang berisi gula hangus tadi.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan ke atas adunan puding tadi. Jangan risau aduanan kek takkan tenggelam dalam adunan puding. 
  3. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 10 minit.
  4. Masukkan air panas gelegak ke dalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ke dalam loyang yang berisi air. (Bakar kaedah stim bake untuk elakkan karamelnya hangus.)
  5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi guna api atas dan bawah.
  6. Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk jangan letak dalam peti. Kek akan turun dan mengecut dengan sendirinyadari loyang. 
  7. Terbalikkan kek perlahan-lahan. Selamat mencuba.   










No comments:

Post a Comment

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...