July 31, 2018

Pulut Pagi Kacang Merah


First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh memang dah lama tak makan. 8 tahun dah duk kat sarawak dan selama tu lah saya tak makan pulut pagi ni..Bila balik kampung lupa pulak nak cari. Nak kata susah takdela susah sangat nak buat pulut ni, mungkin sebab malas kot..hahaha..lagipun tak pernah buatkan, selama ni tahu makan jer.. Tapi, bila duk jauh ni apa-apa nak makan kena buat sendiri la..

Saya pun tak tahu kenapa pulut ni diberi nama pulut pagi, mungkin selalu dimakan diwaktu pagi kot tapi ada jer orang makan diwaktu petang..Pulut pagi ni lebih glemer kot belah negeri kelantan. Biasanya kalau yang jual dia bungkus dengan daun pisang bentuk kon gitu..sedap lahai..dengan wangi daun pisang tu..saya takde daun pisang kalau tak memang saya bungkus macam tu jugak.


RESEPI PULUT PAGI

Bahan-bahan;
  • 1/2 kg beras pulut (rendam semalaman)
  • 2 helai daun pandan
  • 200gm gula melaka
  • 50gm gula pasir
  • 250ml air
  • 1 sudu besar air kapur
  • 1 biji kelapa parut putih
  • sedikit garam halus untuk digaul dengan kelapa
Cara-cara:
  1. Satukan gula melaka, gula pasir, air dan air kapur dan masak bersama daun pandan sehingga agak pekat. Sejukkan.
  2. Kukus beras pulut selama 25 minit atau setengah masak. Angkat dan tuang dalam bekas kemudian gaul rata dengan air gula melaka.
  3. Kukus semula sehingga masak.
  4. Hidang bersama kelapa parut dan kacang merah.
Kacang Merah:
  • 200gm kacang merah - rendam semalaman
  • 500ml air 
  • 100gm gula merah
  • sedikit garam
~ Rebus kacang merah hingga empuk. Jika masih keras tambah air. Biarkan air tinggal sedikit didasar periuk kemudian masukkan gula merah dan garam. Tutup periuk dan guna api yang perlahan hingga kacang kering.










July 30, 2018

Kek Lapis..Blueberry,vanilla dan cheese..

Raya haritu saya tak buat kek lapis pun..sebab saya balik kampung, kat kampung susah nak cari bahan-bahan untuk buat kek lapis tambahan pula dekat-dekat nak raya memang sesak la jalan kat bandar Jerteh tu jadi malas nak keluar cari bahan takut jalan jem..Jadi kek lapis saya order jela.

Dah lepas raya ni teringin pula nak buat kek lapis, lama dah tak membaking rasanya. Kek ni saya guna pewarna biru tapi tak ktaulah kena lepas bakar nampak macam kaler hijau pulak..tapi tak kisah ler janji rasanya sedap, cuma saya ta puas hati sebab lapisan cheese tu terlebih bakar jadi agak kering sedikit. Yang warna terang tu blueberry, vanilla, yang bawah cheese. Saya pun tak tahu nak leta nama apa kek lapis ni..


Tapikan saya rasa seronok sebab lapisan kek tu nampak kemas dan cantik, maklumlah saya ni bukan pandai sangat buat kek lapis..banyak lagi kena beelajar, rasa cam semangat nak cuba lagi lepas ni..


Bahan-bahan:
  • 500gm mentega (sy guna 2 ketul butter golden churn)
  • 10 biji telur
  • 397gm susu pekat (sy guna satu tin yang rendah tu je)
  • 50 gm nestum (kisar)
  • 250gm tepung hongkong / gandum
  • 130gm gula halus
  • 100gm horlick
  • 170gm sekaya (sy guna satu tin kecil)
  • 250gm cream cheese
  • 2 sudu teh vanilla flavour
  • 200gm blueberry filling

Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. Masuk telur satu persatu hingga habis dan masuk susu pekat, sekaya dan sebatikan.
  3. Masukkan horlick, tepung dan nestum.. Gaul rata ddan bahagikan kepada 3 bahagian: bahagian pertama masukkan blueberry filling dan pewarna biru terang. Bahagian kedua warna biru muda dan vanilla flavour. Bahagian yang ketiga biarkan tanpa pewarna dan masukkan cream cheese yang telah dipukul lembut dan gaul rata.
  4. Setiap adunan pula dibahagi kepada 5 lapisan. Seperti ni sebab senang nak melapis supaya sama rata setiap lapisan.

  5.  Bakar lapisan cream cheese selapis demi selapis sehingga habis. setiap lapisan dibakar 7-10 minit sehingga atas kek bertukar perang. suhu 180 mengikut oven masing-masing.
  6. Seterusnya warna biru muda. 
  7. Setiap lapisan tu tekan-tekan dulu sebelum melapis.
  8. Buat cara yang sama sehingga habis.






July 19, 2018

Popia Vietnam

Hari tu pegi ke kedai bakery nak beli bahan-bahan untuk buat kek..ternampak kulit popia ni, lama dah duk cari sebab teringin sangat nak rasa. Sebelum ni duk tengok kawan-kawan duk post kat FB jer.. Apalagi, dah jumpa tu sambar jelah terus.


RESEPI POPIA VIETNAM

Bahan-bahan:
Kulit popia viatnam secukupnya
Salad
Timun batang jepun (hiris memanjang)
Carrot (hiris memanjang)
Bihun @ suhun (dicelur)
Crab stick (dicelur)
Udang (dicelur)

**Inti popia boleh je diubahsuai mengikut selera masing2.

Cara-cara:
1. Celup kulit popia ke dalam air suam sekejap terus angkat.
2. Letak salad dulu, kemudian bahan-bahan lain. Last sekali letak crab stick dan udang.
3. Gulung seperti gulung popia biasa. Kalau tak tahu boleh tengok cara gulung kat youTube.

Untuk sos pula boleh jer makan dengan sos thai dan tambah perahan lemon/ limau nipis.
Ataupun tumbuk bawang putih seulas, cili api (atas kepedasan masing2), sedikit sos ikan, gula dan perahan lemon.


yang ni saya letak salad, suhun, carrot, crab stick & telur jer.

Roti Sosej


Lama betul tak bersiaran dekat blog ni, jarang-jarang baru dapat update. Maklumlah anak-anak makin besar, keje rumah yang tak pernah habis-habis tambah dengan malas lagi hahaha.., lepas tu laptop pulak rosak habis semua gambar masakan hilang..huhu sedih betul.

Kali ni nak share resepi roti sosej yang mudah, anak-anak suka sangat makan roti sosej ni kalau beli singgit 2biji, sosej kat dalam tu punyalah kecik.. Jadi buat sendiri baru puas hati.

RESEPI ROTI SOSEJ

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin (cairkan)
1 biji telur (pukul sikit)
*air suam secawan
*3 sudu besar gula
*2 sudu besar susu pekat
*1 bungkus mauripan
(bahan bertanda* satukan, kacau sebati dan ketepikan dalam 15 minit untuk proses yis mengembang.)
Sosej yang telah dicelur & dikeringkan.(lap guna kitchen towel).

Cara-cara:
1. Satukan planta, tepung dan telur. Kacau sehingga sebati (macam serbuk roti).
2. Kemudian masukkan air suam tadi sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh. Mula-mula memang agak lembik tapi kena uli lama sikit sampai tak melekat pada tangan. Dah jadi doh tumbuk-tumbuk sikit lepas tu rehatkan doh selama 45minit @ sejam.
3. Selepas direhatkan doh akan berganda. uli semula doh tadi dan bolehlah bentukkan dan lilit pada sosej.
4. Biar kembang dulu baru boleh goreng.
5. Kalau nak frozenkan boleh goreng separuh masak je untuk matikan yis.
6. Adunan ni juga boleh untuk buat donut dan pau goreng.



March 22, 2018

Kuih Lompat Tikam


Alkisahnya tetiba duk teringat kat kuih ni, teringin sangat nak makan kuih lompat tikam ni tapi bukan mengidam pun, belum ada rezeki lagi si Adeeb nak jadi abang. Sebenarnya lama sangat dah tak makan kuih ni, maklum la duk kat tempat orang bila teringin  nak makan apa-apa kena buat sendiri la sebab takde orang jual. Tapi nak buat tu kena tunggu mood rajin datang dulu.. 


Saya ni bukan pandai sangat pun buat kuih muih ni, kalau kat kampung dulu mak yang selalu buatkan tak pun beli jer. Jadi bila nak masak kuih ni kena la godek-godek kat google dulu. Jadi resepi yang saya cuba ni resepi dari blog Azie Kitchen. Saya memang suka resepi-resepi dari group ni sebab resepinya mudah dan menjadi.

Kuih Lompat Tikam
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur 


Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan

1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam 


Pulut Merah
1 cawan pulut - rendam terlebih dahulu
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit pewarna merah 


Air gula melaka:

1 keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan


Cara lapisan hijau:

Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk.

Masakkan adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. 

Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.  

Cara lapisan putih:
Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.

Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap


Cara Pulut Merah:
Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit. 

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.    

Cara Air Gula Melaka:
Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. 
Tapis dan sejukkan.

Cara menghidang:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.

Masukkan juga sedikit pulut.

Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka. 


February 21, 2018

Hokkaido cupcakes yang mudah dan sedap

Seronok sangat bila buat kek menjadi, semangat nak buat lagi. Dulu mana pandai nak baking semua ni, lepas anak sulung masuk sekolah sunyi pulak duduk rumah sorang-sorang. Masa tu Adeeb belum ada lagikan.. Dari situ la untuk hilangkan boring kita pun cuba resepi mudah-mudah, buat kuih, kek. Cuba masak itu ini, memang tak semua menjadi, tapi tak putus asa walaupun memang rasa frust sangat kalau buat apa-apa tak jadi seperti yang diharapkan.

Bagi sayakan takde istilah, tak pandai, takde bakatlah.. yang ada malas atau rajin jer. Kita belajar bukan terus pandai, kena selalu buat. Bak kata omputeh practice make perfect. Banyak lagi benda yang saya kena belajar, masih banyak kekurangan..

Saya seronok sangat kalau dapat membaking ni, macam terapi bagi saya. Ini cara saya hiburkan diri saya.

RESEPI HOKKAIDO CUPCAKES

Bahan A:
  • 1/2 cawan tepung gandum*
  • 2 sudu besar tepung kastard / tepung jagung*
  • 4 sudu kecil gula icing (penuh membukit)
  • 4 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar / 35g minyak jagung
  • 1/4 cawan susu segar
Bahan B:
  • 4 biji putih telur
  • 4 sudu kecil gula icing (penuh membukit)
  • 1 sudu teh krim of tartar
Bahan C:
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 3/4 @ 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar gula
~ Satukan semua bahan, kacau rata dan masak sampai pekat.

Cara-cara:
  1. Ayak bahan bertanda* dan ketepikan.
  2. Pukul kuning telur + gula + esen + garam sampai berkrim 
     Kalau susah nak asingkan telur kuning dan putih boleh guna benda ni tapi pastikan tiada setitik pun kuning telur atau air dalam putih telur.
  3. Masukkan minyak jagung + susu segar. Kacau lagi.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Ketepikan.
  5. Mixer bahan B ( putih telur + gula + krim of tartar ) sampai bertanduk. 
  6. Masukkan adunan B kedalam adunan A sedikit demi sedikit dan kaup balikkan sampai sebati. 

  7. Masukkan dalam cup. Bakar suhu 170 darjah dalam masa 20-25 minit.
  8. Bila dah masak, tunggu sejuk baru paipkan krim kastard dalam cupcake. Saya guna chopstick untuk buat lubang kecil ditengah cupcakes utk letak krim kastard.
kalau nak cantik isi adunan 3/4 dalam cup tu. Saya tak cukup cup tu yang isi penuh-penuh.






February 19, 2018

Kek Coklat Indulgence Tanpa Gelatin


Rasa macam cepat sangat masa berjalan sedar tak sedar si anak dara dah masuk 8 tahun. Sempena birthday kakak, mama merajinkan diri untuk buat kek sendiri selalu main tempah jer kan..
Mula-mula nampak cam rumit, tapi bila dah buat takdela susah sangat. Puas hati sebab kek ni sedap sangat, semua orang puji.. Apa lagi kembang kempis la hidung mama ni..huhu..

Resepi asal kek ni menggunakan gelatin tapi disebabkan kat tempat saya ni susah nak cari gelatin halal, jadi saya godek-godek resepi kat google cari resepi yang tak menggunakan gelatin. Jumpa kat blog DUNIA DAPUR KAMA.

 
Suka hati deko jer ni.. Cubaan pertama ni tak berapa cantik.. Nanti nak cuba buat lagi lain kali.

KEK INDULGENT TANPA GELATIN
Sumber :Putri Manja 

COKLAT CHIFFON: 
BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING) 
100GM GULA KASTOR 
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI (Saya guna tepung gandum je)
½ TSP BAKING POWDER (Saya letak 1tsp baking powder)
½ TSP SODA BICARBONATE 
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG 
1 TSP ESEN VANILA 

BAHAN B 
4 BIJI PUTIH TELUR 
60GM GULA KASTOR 
1/4 TSP CREAM OF TARTAR 

CARA-CARA: 
1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED. 
2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED. 
3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK. 
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN.


FILLING : 
Sumber : FB Nini Shuhada Herman 

DARK CHOC FILLING: 
-100gm dark compound choc 
-150gm butter
-70gm gula halus (sy menggunakan 50gm)
-2 biji kuning telur 
-250ml fresh cream(sya pkai brand value pride) 

cara-caranya:
1. Pukul fresh cream hingga kental.
2. Dalam bekas lain putar butter dgn gula hingga putih kemudian masukkan telur kuning putar lagi, masukkan coklat yg telah dicairkan,putar lgi.
3. Satukan adunan coklat dengan fresh cream

WHITE CHOC FILLING : 
-100gm white compound choc 
-150gm butter 
-70gm gula halus (saya menggunakan 50gm) 
-2 biju kuning telur 
-250ml fresh cream/non diary whiping cream

Cara-caranya:
1. Pukul fresh cream hingga kental.
2. Dalam bekas lain putar butter dgn gula hingga putih kemudian masukkan telur kuning putar lagi dan masukkan coklat yg telah dicairkan,putar lagi.  
3. Satukan adunan coklat dengan fresh cream layerkn stiap kek, ratakan permukaan kek dan keliling dengan krim dark choc dan smpn slma skurgnya 4 jam baru curah ganache 

GANACHE CHOC :
-300gm dark compound choc 
-300gm fresh cream 
-25gm butter



Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...