February 27, 2014

Ikan Kukus Stim Nyonya



Sebelum ni, kalau pergi ke Sibu rumah abang ipar, dorang selalu belanja kitaorang makan dekat luar, salah satu menu lauk pauknya adalah Ikan Stim Ala Nyonya. Saya memang mengakui ikan stim ala nyonya ni memang sedap.. Sejak Ain sekolah ni, memang kitaorang dah jarang sangat ke Sibu, tambah-tambah lagi bila saya asyik sibuk dengan bisnes kuih muih ni.
Hari sabtu lepas, bila takde kerja nak buat, saya menyibukkan diri saya dengan membongkar majalah Rasa yang lama-lama, saja nak cari resepi yang boleh di cuba untuk makan tengahari, belek punya belek terjumpalah resepi Ikan Kukus Stim Nyonya ni, sebab dah lama tak makan ikan ni tiba-tiba rasa teringin nak makan pula. So, apalagi terus ajak en. husband keluar ke pasar cari ikan, tapi en. husband cakap 'tunggu esok jela mama.. dah pukul berapa ni, dah xde ikan fresh lagi dah..' hmm..so pagi hari minggu tu baru kitaorang keluar awal pagi pergi pasar cari ikan siakap, itupun puas pusing jugak sebab nak cari ikan yang sedang-sedang besar je, kalau besar sangat mana la habis nak makan setakat kitaorang tiga beranak ni.


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang putih*
6 ulas bawang merah*
1 batang serai*
7 biji cili merah* - kalau rasa xnak letak cili banyak, boleh la kurangkan.
1 kuntum bunga kantan*
1 sm kunyit hidup*
Sos cili thai secukupnya
1 biji limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan perasa secukupnya
Kisar bahan bertanda (*)

CARA MEMASAK:

1. Rebus ikan siakap sehingga masak.

2. Panaskan bahan-bahan yang telah dikisar dan sos cili thai di atas api. Kacau rata sehingga mendidih.
3. Perasakan dengan gula, garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau rata dan angkat.
4. Selepas itu perahkan limau nipis dan kacau rata.
5. Tuangkan sos yang telah dimasak tadi ke atas ikan. Sedia dihidangkan.

February 24, 2014

Kek Coklat Moist Lapis Cheese Kukus



Dah lama sebenarnya buat kek ni, tapi asyik tak sempat je nak post kat blog.. Pasti semua orang tahu buat kek ni kan.. Tapi tak kisahla kan.. Untuk resepi kek coklat moist lapis saya ambik dari blog SWEET V@NiLL@, memang best betul kek coklat ni, betul-betul moist. Rasa puas hati sangat. Jom kita semak resepi ni.

BAHAN-BAHAN:
kepada yang guna gm... convertkan 1 cawan=180gm
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking soda
1 cawan serbuk koko
1 cawan serbuk milo
1 1/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung (Xde dlm stok jadi saya guna minyak masak biasa je)
2 cawan fresh milk + 1 sudu kecil nescafe (dididihkan)
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil choc emulco


BAHAN-BAHAN LAPISAN CHEESE:
400gm Cream cheese
100gm gula castor
40 ml air
2 biji telur gred A

CARA-CARA:
PANASKAN AIR KUKUSAN ANDA DAHULU....
AIR MESTI BETUL-BETUL PANAS sebelum anda kukus adunan cake anda.. 
1. Satukan bahan-bahan kering, tepung gandum + baking soda, serbuk koko, serbuk milo & gula pasir. Gaul sebati.


2. Masukkan pula semua bahan-bahan cecair, susu pekat manis, minyak jagung, telur, esen vanilla & coklat emulco. Tak perlu menggunakan mixer, hanya gunakan whisk untuk sebatikan semua bahan.



3. Didihkan fresh milk + 1 susu nescafe tadi. Dan masukkan kedalam adunan tadi.

4. Kacau kuat-kuat menggunakan whisk untuk sebatikan ia. Bila dah sebatikan, ketepikan sekejap.


5. Untuk lapisan cheese pula,di dalam bekas lain satukan semua bahan kecuali telur.
6. Putar menggunakan mixer hingga kembang dan masukkan telur. Tak perlu putar lama, cukup sekadar telur sebati di dalam aduan.
7. Ready untuk melapis.
8. Sediakan loyang bulat saiz 26 cm, ataupun mengikut kesukaan masing-masing la kan..  Make sure griss loyang dengan majerin / butter terlebih dahulu agar xmelekat nanti.
9. kalau guna loyang alas bawah dia dengan baking paper dan griss keliling dia gak.
10. Masukkan lapisan coklat dulu, jangan letak banyak sangat, sebab dia akan naik . Kukus dalam 15-20 minit, make sure dah kering boleh lapis dengan adunan cheese, kalau tak sure boleh cucuk pakai lidi.
11. Kukus lagi dalam 15-20 minit, sampai lapisan tu kering dan boleh lapis lagi.
12.  Ikut sukalah nak buat berapa lapis, saya just buat 3 lapis je, maklumlah bukan rajin sangat pun.

Untuk coklat ganache, bahan-bahan tak cukup, jadi saya just cairkan coklat dengan sedikit fresh milk, biar dia pekat and then curah kat atas kek tu.

 
Hari buat kek ni, adik ipar datang ke rumah, ajak pulang rumah mertua, nak sambut ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama, jadi saya sumbangkanlah kek ini buat mereka.




February 20, 2014

Ikan Sembilang Goreng Bercili



Sejak akhir-akhir ni sibuk betul dengan bisnes kuih muih sampai tak sempat nak update blog.. Alhamdulillah, syukurlah, mula-mula buat kuih dulu just nak hilangkan boring sebab anak dara saya nan seorang tu dah sekolah, tapi sekarang permintaan tu semakin banyak sampai tak menang tangan dah.. Nasib baik ada En.Husband yang selalu membantu dan memberi semangat. Walaupun penat, tetap bersyukur dan rasa happy dapat duit dari hasil titik peluh sendiri.


Ikan sembilang goreng bercili, kenal tak ikan sembilang? Alaa..rupanya seakan-akan ikan keli tu..memang serupa sangat macam ikan keli. Ikan keli pun kita boleh masak macam ni jugak.



BAHAN-BAHAN:

Seekor ikan sembilang sederhana besar - dibuang perut, dibersihkan & dikerat 3.
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar - dipotong
1 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos cili
Garam
Gula
Sedikit ajinamoto
Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA-CARA:
1. Ikan yang telah dibersihkan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng ikan hingga kekuningan kemudian angkat dan ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu minyak tadi di dalam kuali yang lain kemudian tumis cili kisar dan bahan bahan yang telah di tumbuk.
4. Masukkan  sos cili dan sedikit air dan masak hingga pekat sedikit dan masukkan bawang besar yang dipotong.
5. Masukkan garam, gula dan ajinamoto. Sesuaikan rasa kemudian masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
6. Boleh kuah rata bolehlah di hidangkan.

February 10, 2014

Bubur Pedas Sarawak



Bubur pedas Sarawak, ini menu makan tengahari kelmarin, tapi hari ini baru dapat post.. Maklumlah kelmarin kan hari minggu, anak tak sekolah, suami tak keje jadi tak boleh la nak ngadap notebook aje kan.. Melayan kerenah anak lagi best kan.. Bubur pedas sarawak ni dah jadi salah satu favorite saya.. Memang sedap tau.. Tapi untuk rempah bumbu pedas saya beli, sebab jiran sebelah rumah ada jual, jadi taklah susah-susah nak buat..hehe..sebenarnya malas..Tapi kalau untuk resepi bumbu pedas boleh pegi ke link ni ok http://www.myresipi.com/top/detail/6448.




Untuk resepi bubur pedas ni saya ambik dari blog HaSue, terima kasih pada tuan punya blog tu.


BAHAN-BAHAN:
2 tangkai cili merah *
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
200 gm ayam ( potong kecil ) - saya guna ayam kisar
100 gm bumbu pedas - campur 3/4 cawan air untuk jadikan pes
1 biji kentang - potong dadu
Putik jagung, dried beancurd, black fungus ( cendawan cina ) - ini sayur yang saya gunakan
2 helai daun kunyit - racik halus
200 ml santan
Garam, perasa & gula secukup rasa
(*) - dikisar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi, kemudian masukkan rempah bumbu pedas dan tambahkan sedikit air. Kacau selalu untuk elak bumbu hangus.
2. Masukkan ayam dan kentang( masak hingga empuk ).
3. Masukkan sayur, kacau sebati dan masukkan santan.
4. Masukkan garam, gula & sedikit perasa, sebatikan rasa & kuah ikut kepekatan yang dimahukan.
5. Masuk daun kunyit dan kacau sebentar dan boleh diangkat.

February 04, 2014

Ikan Lundu Masak Tempoyak


Biasa yang selalu kita dengar Patin Masak Tempoyak tapi kali ni lain pula kan.. Kenal tak ikan lundu? Saya dulu tak kenal juga dengan ikan ni. Bila duduk dekat Sarawak ni baru kenal dengan ikan lundu ni, maklumlah husband saya memang suka makan ikan ni, kalau di buat kari, masak kunyit atau di bakar memang sedap. Dalam keluarga mertua saya ada pantang, tak boleh makan ikan patin dan ikan keli. Kalau dulu ikan patin masak tempoyak memang saya punya favorite lah.. Sejak kawin dengan husband dah tak makan lagi dah. Disebabkan tak boleh lagi makan patin masak tempoyak, jadi saya dengan sesuka hati saya mengolah resepi ikan lundu masak kunyit menjadi ikan lundu masak tempoyak.



BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan lundu sederhana besar - dipotong 2
2 sudu besar tempoyak*(nak letak lebih pun boleh)
2 tangkai cili padi*
1 tangkai cili merah*
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 sudu kecil serbuk kunyit*(kalau guna kunyit hidup lagi bagus)
Air secukupnya
1 keping asam
(*) - dikisar bersama
p/s: Daun kesum boleh ditambahkan sekali. Daun kesum tak ada jadi saya tak letak.

CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar dan asam. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan ikan dan tambah sedikit air.
3. Kemudian perasakan gula dan garam secukup rasa.



February 03, 2014

Murtabak mudah dan sedap



Seperti tajuk di atas murtabak ni memang mudah dan sedap, tak perlu nak mengadun-ngadun tepung segala guna je kulit popia. Nak jadikan cerita hari tu saya buat karipap, jadi ada inti yang terlebih, terfikir apa nak dibuat dengan inti yang lebih tu. Kebetulan pulak kulit popia ada tersimpan dalam peti  ais maka terciptalah murtabak ni.. Sesiapa yang ingin mencuba bolehlah..

BAHAN-BAHAN:
100gm daging cincang
2 biji ubi kentang - dipotong dadu
1 1/2 sudu rempah kari
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - dicincang halus
2 biji telur
Kulit popia secukupnya
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti murtabak, panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukan daging cincang, kacau rata. Apabila daging sudah masak masukkan ubi kentang dan perasakan. Tambahkan air jika kuah terlalu kering. Masak sehingga ubi kentang menjadi empuk.
4. Pukul telur di dalam mangkuk dan masukkan inti tadi. Kacau sehingga sebati.
5.kemudian letakkan inti ditengah2 kulit popia dan lipat.



6. Panaskan sedikit minyak dan goreng murtabak dengan api perlahan.
7. Sedia untuk dihidangkan.



Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...