February 27, 2014

Ikan Kukus Stim Nyonya



Sebelum ni, kalau pergi ke Sibu rumah abang ipar, dorang selalu belanja kitaorang makan dekat luar, salah satu menu lauk pauknya adalah Ikan Stim Ala Nyonya. Saya memang mengakui ikan stim ala nyonya ni memang sedap.. Sejak Ain sekolah ni, memang kitaorang dah jarang sangat ke Sibu, tambah-tambah lagi bila saya asyik sibuk dengan bisnes kuih muih ni.
Hari sabtu lepas, bila takde kerja nak buat, saya menyibukkan diri saya dengan membongkar majalah Rasa yang lama-lama, saja nak cari resepi yang boleh di cuba untuk makan tengahari, belek punya belek terjumpalah resepi Ikan Kukus Stim Nyonya ni, sebab dah lama tak makan ikan ni tiba-tiba rasa teringin nak makan pula. So, apalagi terus ajak en. husband keluar ke pasar cari ikan, tapi en. husband cakap 'tunggu esok jela mama.. dah pukul berapa ni, dah xde ikan fresh lagi dah..' hmm..so pagi hari minggu tu baru kitaorang keluar awal pagi pergi pasar cari ikan siakap, itupun puas pusing jugak sebab nak cari ikan yang sedang-sedang besar je, kalau besar sangat mana la habis nak makan setakat kitaorang tiga beranak ni.


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang putih*
6 ulas bawang merah*
1 batang serai*
7 biji cili merah* - kalau rasa xnak letak cili banyak, boleh la kurangkan.
1 kuntum bunga kantan*
1 sm kunyit hidup*
Sos cili thai secukupnya
1 biji limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan perasa secukupnya
Kisar bahan bertanda (*)

CARA MEMASAK:

1. Rebus ikan siakap sehingga masak.

2. Panaskan bahan-bahan yang telah dikisar dan sos cili thai di atas api. Kacau rata sehingga mendidih.
3. Perasakan dengan gula, garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau rata dan angkat.
4. Selepas itu perahkan limau nipis dan kacau rata.
5. Tuangkan sos yang telah dimasak tadi ke atas ikan. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...