Dah lama sebenarnya buat kek ni, tapi asyik tak sempat je nak post kat blog.. Pasti semua orang tahu buat kek ni kan.. Tapi tak kisahla kan.. Untuk resepi kek coklat moist lapis saya ambik dari blog SWEET V@NiLL@, memang best betul kek coklat ni, betul-betul moist. Rasa puas hati sangat. Jom kita semak resepi ni.
BAHAN-BAHAN:
kepada yang guna gm... convertkan 1 cawan=180gm
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking soda
1 cawan serbuk koko
1 cawan serbuk milo
1 1/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung (Xde dlm stok jadi saya guna minyak masak biasa je)
2 cawan fresh milk + 1 sudu kecil nescafe (dididihkan)
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil choc emulco
BAHAN-BAHAN LAPISAN CHEESE:
400gm Cream cheese
100gm gula castor
40 ml air
2 biji telur gred A
kepada yang guna gm... convertkan 1 cawan=180gm
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking soda
1 cawan serbuk koko
1 cawan serbuk milo
1 1/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung (Xde dlm stok jadi saya guna minyak masak biasa je)
2 cawan fresh milk + 1 sudu kecil nescafe (dididihkan)
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil choc emulco
BAHAN-BAHAN LAPISAN CHEESE:
400gm Cream cheese
100gm gula castor
40 ml air
2 biji telur gred A
CARA-CARA:
PANASKAN AIR KUKUSAN ANDA DAHULU....
AIR MESTI BETUL-BETUL PANAS sebelum anda kukus adunan cake anda..
1. Satukan bahan-bahan kering, tepung gandum + baking soda, serbuk koko, serbuk milo & gula pasir. Gaul sebati.
2. Masukkan pula semua bahan-bahan cecair, susu pekat manis, minyak jagung, telur, esen vanilla & coklat emulco. Tak perlu menggunakan mixer, hanya gunakan whisk untuk sebatikan semua bahan.
3. Didihkan fresh milk + 1 susu nescafe tadi. Dan masukkan kedalam adunan tadi.
4. Kacau kuat-kuat menggunakan whisk untuk sebatikan ia. Bila dah sebatikan, ketepikan sekejap.
5. Untuk lapisan cheese pula,di dalam bekas lain satukan semua bahan kecuali telur.
6. Putar menggunakan mixer hingga kembang dan masukkan telur. Tak perlu putar lama, cukup sekadar telur sebati di dalam aduan.
7. Ready untuk melapis.
8. Sediakan loyang bulat saiz 26 cm, ataupun mengikut kesukaan masing-masing la kan.. Make sure griss loyang dengan majerin / butter terlebih dahulu agar xmelekat nanti.
9. kalau guna loyang alas bawah dia dengan baking paper dan griss keliling dia gak.
10. Masukkan lapisan coklat dulu, jangan letak banyak sangat, sebab dia akan naik . Kukus dalam 15-20 minit, make sure dah kering boleh lapis dengan adunan cheese, kalau tak sure boleh cucuk pakai lidi.
11. Kukus lagi dalam 15-20 minit, sampai lapisan tu kering dan boleh lapis lagi.
12. Ikut sukalah nak buat berapa lapis, saya just buat 3 lapis je, maklumlah bukan rajin sangat pun.
Untuk coklat ganache, bahan-bahan tak cukup, jadi saya just cairkan coklat dengan sedikit fresh milk, biar dia pekat and then curah kat atas kek tu.
Hari buat kek ni, adik ipar datang ke rumah, ajak pulang rumah mertua, nak sambut ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama, jadi saya sumbangkanlah kek ini buat mereka.
No comments:
Post a Comment