April 30, 2014

Kukus Bawal Herba Melayu


Kali ni nak kongsi resepi ikan bawal kukus herba melayu, resepi ni ambik dalam buku resepi Komplilasi Masakan Ikan Laut. Saya ni memang jenis yang suka mencuba resepi dari buku-buku ataupun internet, menjadi atau tak belakang cerita. Biasanya resepi lauk pauk menjadi je, yang kurang menjadi selalunya resepi kek/kuih muih. Tapi kalau kita tak cuba kita takkan tahu kan. Kalau tak menjadi takpe sebab kita belajar dari kesilapan, yang penting jangan give up.


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan bawal
300 ml air
5 tangkai cili kering *
4 biji bawang merah *
1 kuntum bunga kantan - dihiris
1 tangkai daun kesum - sy xletak sebab xde daun 2.
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Kisar bahan yang bertanda(*)

BAHAN PERAPAN:

3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 sm halia*
1 biji limau nipis/limau kasturi - diambil jus
Kisar bahan yang bertanda(*)

CARA-CARA:

1. Perap ikan selama bahan perapan selama setengah jam.
2. Kukus ikan tadi hingga masak. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Gaul hingga rata.
5. Masukkan air, perasakan dengan garam dan gula. kalau lagi.
6. Masak hingga kuah mendidih dan pekat. Angkat dan tuang atas ikan tadi.

April 29, 2014

Hati lembu masak kicap berempah


Ini lauk kesukaan en.husband, kalau ada lauk hati lembu masak kicap berempah ni, bertambah-tambah je makan nasi. Kalau tak masak lauk ni pun memang selalu bertambah je makan hehe.. Bila kita tegur suruh control makan dia salahkan kita pulak, sape suruh masak lauk sedap-sedap. Padahal dalam hati bukan main suka bila tengok husband begitu berselera makan apa yang kita masak.


Kalau anak saya Ain, dia memang tak makan hati ni, hati ayam ke lembu ke, yang dia tahu makan ayam dan ikan je. Paling dia suka ayam goreng.



BAHAN-BAHAN:
300g hati lembu - potong dadu
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu besar - serbuk kari
2 sudu besar kicap
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji lada merah - potong serong
Sedikit air asam jawa / 1 keping asam gelugur
Gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
(*)Dikisar/ditumbuk
CARA-CARA:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau kemudian masukkan serbuk kari & air asam jawa. Kacau rata sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan hati lembu& sedikit air, kacau sehingga hati lembu masak. Kemudian masukkan kicap & gula. Kacau biar rata.
3. Akhir sekali masukkan bawang besar & cili merah dan gaul rata sehingga kering. Angkat.

April 17, 2014

Puding Karamel Kukus


Kerja saya hari-hari sama je rutinnya, cuci baju, jemur baju, kemas rumah, mop lantai dan relax jap lepas tu masuk dapur masak untuk makan tengahari. Dah habis masak sementara tunggu husband balik makan, buka FB, update blog dan tengok tv. Kalau Ain ada kat rumah ada je teman berbual, bertengkar dan bergurau, tapi Ain sekarang dah sekolah. Cuma 'mek tot' jela teman saya kat rumah, 'mek tot' tu kucing Ain. Ada ramai yang duk tanya bila nak tambah lagi, memang la teringin sangat nak tambah bilangan ahli keluarga tapi rezeki tu kan kat tangan Allah swt. Mungkin saya rasa saya dah bersedia tapi Allah lebih tahu, sampai waktu kalau Allah nak bagi, pasti ada la. 

Bila dah boring sesangat, saya akan belek buku resepi & cari resepi yang mudah-mudah lepas tu masuk dapur chek bahan-bahan pula. Bila semua dah cukup boleh start.. PUDING KARAMEL KUKUS. Tapi puding saya ni tak berapa cantik, ada lubang2 sikit maybe terlebih kukus, sebab masa tengah kukus tu, saya tengah layan cerita korea hehe..


BAHAN-BAHAN KARAMEL:

5 sudu besar gula
3 sudu besar air

CARA-CARA:

1. Gula + air, masak hingga hancur dan menjadi perang. Macam kat dalam gambar di bawah.


2. Bila siap, tuang dalam loyang.

BAHAN-BAHAN PUDING:

5 biji telur
1/2 tin susu pekat (xde susu cair,2 yg gune susu pekat)
150 ml air
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil esen vanilla

1. Satukan semua bahan.


2. Kacau perlahan-lahan jangan sampai berbuih. Sebatikan semua bahan.

3. Bila dah sebati tapis kedalam loyang yang sudah dituang karamel tadi.
4. Kemudian boleh la kukus dalm 30-40 minit @ sampai masak. Tapi jangan lupa panaskan dulu kukusan.



April 16, 2014

Pau Goreng & Kuih Bomb



Dekat Sarawak ni banyak sangat nama kuih yang berbeza dengan semenanjung. Dulu saya ingat kuih bomb ni sama dengan kuih bomb dekat semenanjung, rupanya kuih bomb kat sini adalah pau goreng yang disaluti dengan sos. Tapi rasanya sedap, suami dengan anak memang minat sangat makan, kalau buat pau goreng tak laku sangat, tapi kalau salut dengan sos, sekejap je habis di ngap diaorang..



Resepi nak buat pau goreng ni saya ambik dekat My Resepi, mudah dan cepat. Buat dalam 1kg tepung, lepas tu siap frozenkan lagi, senang la sikit, kalau rasa nak makan goreng je. Bukan rajin sangat nak nguli tepung segala, kalau pakai BM takper la.. 

BAHAN-BAHAN:

1 kg tepung gandum
120gm gula halus
1 sk rata garam halus
140ml minyak sayur/makan
5 sk rata instant yeast*
450ml air paip*
(*)-Satukan.

CARA-CARA:

1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dlm mangkuk besar dan gaul rata.
2. Kemudian masukkan minyak sedikit2 dan gaul lagi hingga rata.
3. Akhir sekali masukkan air yeast sedikit2 dan uli hingga lembut dan tk melekit. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung.
4. Doh yg sudah siap diuli, tidak perlu diperap. Boleh segera di buat pau.
5. Bulat2kan doh dan isi inti kesukaan masing2.
6. Goreng pau 1/2 msk dan simpan dlm freezer jika ingin membuat pau goreng instant. Atau kukus pau dan simpan dlm freezer utk pau kukus instant.
7. Inti pau pilihan seperti sambal tumis, kacang merah, kaya, kelapa manis, choc. dan lain2.
8. Adunan akan lebih lembut jika menggunakan food mixer.

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI UBI KELEDEK:

4 biji keledek besar - potong dadu
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
segenggam ikan bilis*
1-2 sudu besar udang kering*
2 sudu makan serbuk kari 
hirisan daun sup
garam dan gula
air secukupnya
Jika suka boleh campurkan daging@ayam kisar @ kiub ayam/daging

CARA-CARA UNTUK INTI : 

1. Blend bahan yang bertanda *. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
2. Masukkan kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau. 
3. Masukkan keledek dan daging@ayam kisar serta air secukupnya. Masak hingga empuk dan air kering. 
4. Masukkan garam, kiub ayam/daging dan gula secukup rasa. 
5. Taburkan daun sup dan gaul sebati.Tutup api.

UNTUK SALUT SOS:

Panaskan kuali, masukkan sos dan sedikit gula, kacau sebati dan gaul dengan pau yang dah digoreng.



April 15, 2014

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat.

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH
"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "
----------------------------
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad
Subhnallah... Mashallah..

April 12, 2014

Bun Sambal Bilis & Roti Sosej




Sebelum ni memang tak pernah buat bun sambal bilis ni tapi roti sosej tu memang selalu buat, sebab Ain memang suka makan roti sosej. Biasanya saya buat sosej roll goreng, tapi kali ni nak cuba bakar pula. Bun sambal bilis pulak guna lebihan doh untuk roti sosej. 

Nasib baik la ada oven kecik yang kiut muit yang boleh diguna untuk membakar, maklumla oven yang satu tu dah rosak. Tapi satu je kurang kat oven ni, takde penetap suhu, jadi kena pandai-pandai la. Walaupun oven tu kecik tapi saya sayang sebab tu la first oven yang husband saya beli untuk saya.. Oven yang besar tu pulak pemberian kakak ipar. Tak tahu la apa yang rosak, tiba-tiba je..Tak panas2.



Resepi ni juga boleh juga digunakan untuk membuat donut / pau. Jadi mudahkan satu adunan je boleh buat macam-macamkan dan yang bestnya resepi ni sangat mudah, tak perlu perap, bila siap uli doh je boleh terus dibentuk dan digoreng/bakar. Resepi ni saya dapat dari blog Yatie Memories. Terima kasih sebab kongsikan resepi yang mudah dan sedap ni.

BAHAN-BAHAN:( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) ) 

500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin/butter
1/2 sudu teh bread improver (saya tambah,dlm resepi kak yatie xde pun)
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)

CARA-CARA:

1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dpukul sedikit dan juga garam.
3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je menggunakan sudu).
4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
5. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai dan dibentuk. Ia akan mengembang bila digoreng / dibakar.
6. Saya bakar dalam 5-6 minit dalam oven yang telah dipanaskan.

BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL BILIS:

1/2 kg ikan bilis - basuh dan tos 
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih -  kisar
2 sudu besar cili kisar 
1 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar air asam jawa  
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum 

CARA-CARA:

1. Ikan bilis dibasuh . Goreng separuh masak atau sehingga layu.  Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. Masak sehingga cili betul betul garing. 
2. Masukkan ikan bilis yang digoreng dan sedikit air. Masaklah lama lama sehingga air kering bergantung kepada kesukaan masing masing. 
3. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang, air asam, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan akhir sekali masukkan tepung gandum. Kacau sebati  hingga sambal kelihatan pekat, dan bolehlah diangkat.

April 10, 2014

Umai obor-obor



Pernah makan umai tak? Bagi orang sarawak, memang biasa la. Umai ni ada banyak jenis, ada umai ikan, umai payak (udang) dan umai obor-obor. Dulu masa mula-mula datang sarawak, memang pelik gak tengok tapi bila sekali cuba, hmm.. memang sedap. Lepas tu belajar dengan mak mertua cara nak buat umai, sebab en.husband memang suka makan umai ni. Rupa-rupanya punyalah senang nak buat umai ni.



BAHAN-BAHAN:

Segenggam obor-obor masin
2 biji cili merah (dibuang biji)*
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih*
1 sudu serbuk kacang tanah (telah digoreng dan ditumbuk)
5 biji limau kasturi
(*)Ditumbuk
CARA-CARA:

1.Mula-mula rendamkan obor-obor terlebih dahulu bagi mengurangkan rasa masinnya selama beberapa jam.
2. kemudian toskan dan hiriskan obor-obor (sepanjang 1 inci)
3. Langkah seterusnya perahkan limau kasturi dan gaul dengan obor-obor. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan gaul lagi.
4. Masukkan pula bawang besar dan kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk gaul sebati. Siap.
p/s: Tak perlu tambah garam, biasanya obor-obor dah masin.

Tomyam ayam simple..



Bila sebut tomyam mesti telan air liur, memang favorite ni, suka sangat makan tomyam tambah-tambah time deman @ selsema, rasa segar je badan bila dapat makan tomyam ni, makan panas2 tambah pedas lagi, berpeluh-peluh jadinya.


Saya lebih suka makan tomyam dengan kuew teow, takpun makan camtu je.. Baru puas makan tomyam sambil hirup kuah dia sekali. Tomyam ni memang simple je, ala koboi je.. Bukan ala thai yer.. Ni tomyam biasa je saper-saper pun boleh buat sebab bahan dia pun tak banyak cara masak pun mudah.


BAHAN-BAHAN:

Ayam yang potong kecil - korang agak2 la berapa banyak nak letak.
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili padi  - ketuk
1 batang serai - ketuk
1 batang lobak merah - ikut la nak potong bulat/panjang
Kubis bunga - potong kecil
2 helai daun limau purut
2 kiub stok tomyam knorr 
2 biji limau kasturi - ambik jus (ikut atas rasa masam yg dikehendaki)
Air secukupya
Garam & serbuk perasa secukup rasa
p/s: korang boleh je nak tambah sayur2 lain, jagung mini, cendawan dll.

CARA-CARA:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan ayam, air secukupnya dan serai. Biar mendidih sekejap kemudian masukkan perencah kiub tomyam, cili padi dan daun limau purut.
3. Masukkan pula sayur dan bawang besar, biar mendidih sekejap kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4. Tutup api dan masukkan perahan jus limau kasturi mengikut kemasaman yang disukai. Boleh la hidang.

April 09, 2014

Kek Marble Susu Kukus



Sejak akhir-akhir ni memang rajin, masak itu la, ini la.. Sebab Ain dengan papa dia suka sangat makan, tu pasal mama suka sangat masak. Tambah lagi Ain sekarang memang kuat makan, tapi badan xpulak gemuk-gemuk.
Kek marble ni sebenarnya buat masa hari minggu, dah habis dah pon..Kebetullan masa buat kek ni kak ipar datang rumah jadi bagi dia separuh. Kek ni sebenarnya nak dibakar, tapi oven pulak buat hal..hampeh tul, dekat setengah jam saya panaskan oven..tapi tak panas-panas..adoi, geram betul rasa..kalau tunggu sampai esok pun tak masak-masak rasanya kek ni..Last-last saya ambik keputusan untuk kukus je kek ni..


BAHAN-BAHAN:

250g mentega (1 buku buttercup)
230g gula halus
2 camca teh ovalette
4 biji telur (gred A)
270g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
60ml susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair/susu segar
1 camca teh coklat emulco
(*)Diayak bersama.

CARA-CARA:

1. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu, putar hingga gebu.
3. Masukkan susu pekat dan gaul rata, masukkan pula tepung yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis dan bahagikan kepada 2 bahagian, sama banyak.
4. Satu bahagian dibiar tanpa warna dan satu bahagian lagi dicampur dengan susu cair,serbuk koko dan coklat emulco. Gaul sebati.
5. Sediakan loyang yang sudah disapu butter dan alas dengan kertas minyak, dan sapu kertas dengan butter gak. Tuang adunan tersebut dengan menggunakan sudu berselang seli sampai habis. Senget2kan loyang agar adunan tersebut rata.

6. Kalau nak kukus, jangan lupa panaskan air kukusan terlebih dahulu dan penutup kukusan dibungkus dengan kain agar wap tak menitis atas kek. Kukus dalam 45 minit @ hingga masak. Kalau tak sure boleh guna lidi, cucuk kek,kalau kek tak melekat dekat lidi, maknanya masak la tu.
7. Kalau nak bakar, bakar pada suhu 190 darjah selama 30-35 minit. Bergantung pada oven masing2.


April 03, 2014

Kek Lapis Coklat Cheese Kukus Mudah



Mula-mula tu beli cheese sebab nak buat kek coklat moist lapis cheese, tapi en.husband pulak mintak buat kek lapis, biasanya buat kek lapis time dekat-dekat nak raya je, takpun untuk pos kat kampung tapi biasa kalau nak pos kat kampung kalau buat pun tak banyak, biasanya beli je. Malas la pulak rasanya nak melapis banyak lapis, tu pasal buat 3 lapis je. Lagipun buat tak banyak, untuk satu bekas (dalam gambar kat bawah).


Kek lapis ni pun boleh tahan sedap tapi tak boleh lawan la dengan kek coklat moist sebab saya memang suka makan kek coklat moist. Tapi en.husband pula lebih suka makan kek yang ni, nak buat macam manakan masing-masing ada citarasa sendiri.


BAHAN-BAHAN UNTUK KEK COKLAT :

2 biji telur (gred A)
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu segar / susu cair
1/2 cawan minyak jagung - boleh je guna minyak masak biasa
1 1/2 cawan tepung gandum*
3 sudu besar serbuk koko*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1/2 sudu kecil baking powder*
(*)-Ayak bersama

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE:

250gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur (gred A)
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

CARA-CARA:

1. Panaskan kukusan. Lenser bekas / loyang dengan butter. Kalau guna loyang, alas dasar dengan kertas minyak dan lenser kertas dengan butter.
2. Untuk adunan kek coklat, putar telur dan gula hingga kembang dan masukkan esen vanilla & garam, putar rata. Kemudian tambah susu segar, minyak jagung & air panas. Putar sebati dengan kelajuan sederhana.
3. Lepas tu boleh la masukkan pula bahan-bahan yang diayak bersama sedikit demi sedikit sampai habis dan bahagikan kepada 2 bahagian, sama banyak.
4. Untuk lapisan cheese, putar cream cheese & gula hingga sebati dan licin. Kemudian masukkan telur, putar lagi hingga kembang dan masukkan tepung gandum dan air. Putar sebati dan tidak berbintil-bintil.
5. Ready untuk melapis. Untuk lapisan pertama tuang 1 bahagian dari adunan kek coklat dan kukus selama 20 minit. Guna api sederhana. Bila lapisan pertama siap, tuang lapisan cheese dan kukus lagi 20 minit.
6. Yang last sekali, kukus selama 45 minit @ hingga masak. Untuk pastikan kek betul-betul masak, cucuk pakai lidi.

p/s: tutup loyang dengan aluminum foil agar wap tidak menitis atas kek / bungkus tudung periuk dengan kain.




April 02, 2014

Ketam mentega / Butter crab




Dah lama tak makan ketam, tiba-tiba hari tu en.husband beli ketam, katanya,'teringin nak makan ketam la mama, lama dah tak makan.' ceh, macam orang ngidam la pulak. En. husband cakap masak caner pun tak kisah, disebabkan mood tengah rajin,jadi saya masak special la sikit iaitu ketam mentega, kalau dalam bahasa omputih pulak butter crab. Tak susah pun nak buat butter crab ni, bahan-bahan pun tak rumit.


BAHAN-BAHAN:

3 ekor ketam  - potong 2
Minyak untuk menggoreng
3 sudu besar susu segar / susu cair
3 biji kuning telur
2 sudu besar butter
3 ulas bawang putih - cincang
4 biji cili padi – dititik atau potong ikut suka
Sedikit daun kari
Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa

Bahan Perap:

1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung beras
Secubit garam dan lada hitam

CARA-CARA:

1. Cuci dan potong ketam.
2. Bancuh bahan perap hingga sebati, kemudian masukkan ketam. Biar sekejap dalam 10-15 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ketam hingga keperangan. Angkat dan toskan.
4. Masuk susu dan kuning telur dalam mangkuk dan kacau sebati.
5. Cairkan butter dalam kuali panas. Tuang campuran susu dan telur tadi perlahan-lahan dan kacau/goreng atas api kecil tanpa berhenti hingga membentuk bintil-bintil halus.
6. Masukkan ketam tadi, bawang putih, cili padi dan daun kari, gaul rata. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
7. Tutup api, angkat dan hidang panas-panas.

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...