April 02, 2014

Ketam mentega / Butter crab




Dah lama tak makan ketam, tiba-tiba hari tu en.husband beli ketam, katanya,'teringin nak makan ketam la mama, lama dah tak makan.' ceh, macam orang ngidam la pulak. En. husband cakap masak caner pun tak kisah, disebabkan mood tengah rajin,jadi saya masak special la sikit iaitu ketam mentega, kalau dalam bahasa omputih pulak butter crab. Tak susah pun nak buat butter crab ni, bahan-bahan pun tak rumit.


BAHAN-BAHAN:

3 ekor ketam  - potong 2
Minyak untuk menggoreng
3 sudu besar susu segar / susu cair
3 biji kuning telur
2 sudu besar butter
3 ulas bawang putih - cincang
4 biji cili padi – dititik atau potong ikut suka
Sedikit daun kari
Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa

Bahan Perap:

1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung beras
Secubit garam dan lada hitam

CARA-CARA:

1. Cuci dan potong ketam.
2. Bancuh bahan perap hingga sebati, kemudian masukkan ketam. Biar sekejap dalam 10-15 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ketam hingga keperangan. Angkat dan toskan.
4. Masuk susu dan kuning telur dalam mangkuk dan kacau sebati.
5. Cairkan butter dalam kuali panas. Tuang campuran susu dan telur tadi perlahan-lahan dan kacau/goreng atas api kecil tanpa berhenti hingga membentuk bintil-bintil halus.
6. Masukkan ketam tadi, bawang putih, cili padi dan daun kari, gaul rata. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
7. Tutup api, angkat dan hidang panas-panas.

No comments:

Post a Comment

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...