April 12, 2014

Bun Sambal Bilis & Roti Sosej




Sebelum ni memang tak pernah buat bun sambal bilis ni tapi roti sosej tu memang selalu buat, sebab Ain memang suka makan roti sosej. Biasanya saya buat sosej roll goreng, tapi kali ni nak cuba bakar pula. Bun sambal bilis pulak guna lebihan doh untuk roti sosej. 

Nasib baik la ada oven kecik yang kiut muit yang boleh diguna untuk membakar, maklumla oven yang satu tu dah rosak. Tapi satu je kurang kat oven ni, takde penetap suhu, jadi kena pandai-pandai la. Walaupun oven tu kecik tapi saya sayang sebab tu la first oven yang husband saya beli untuk saya.. Oven yang besar tu pulak pemberian kakak ipar. Tak tahu la apa yang rosak, tiba-tiba je..Tak panas2.



Resepi ni juga boleh juga digunakan untuk membuat donut / pau. Jadi mudahkan satu adunan je boleh buat macam-macamkan dan yang bestnya resepi ni sangat mudah, tak perlu perap, bila siap uli doh je boleh terus dibentuk dan digoreng/bakar. Resepi ni saya dapat dari blog Yatie Memories. Terima kasih sebab kongsikan resepi yang mudah dan sedap ni.

BAHAN-BAHAN:( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) ) 

500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin/butter
1/2 sudu teh bread improver (saya tambah,dlm resepi kak yatie xde pun)
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)

CARA-CARA:

1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dpukul sedikit dan juga garam.
3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je menggunakan sudu).
4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
5. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai dan dibentuk. Ia akan mengembang bila digoreng / dibakar.
6. Saya bakar dalam 5-6 minit dalam oven yang telah dipanaskan.

BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL BILIS:

1/2 kg ikan bilis - basuh dan tos 
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih -  kisar
2 sudu besar cili kisar 
1 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar air asam jawa  
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum 

CARA-CARA:

1. Ikan bilis dibasuh . Goreng separuh masak atau sehingga layu.  Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. Masak sehingga cili betul betul garing. 
2. Masukkan ikan bilis yang digoreng dan sedikit air. Masaklah lama lama sehingga air kering bergantung kepada kesukaan masing masing. 
3. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang, air asam, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan akhir sekali masukkan tepung gandum. Kacau sebati  hingga sambal kelihatan pekat, dan bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...