October 15, 2014

Melty Cheese Cake Simple & Sedap

Hai.. kembali bersiaran..huhu, cam biskut chipsmore je kan kejap ada..kejap takde tapi takper asal tak tenggelam terus je kan. Kali ni nak share resepi yang simple jela, mungkin semua orang dah pandai buat kot tapi takpe nak share gak..


Melty cheese cake, simple, mudah dan memang sedap. Ain memang suka sangat makan ni. Dah berapa kali buat dah, sekejap je abis. Ok jom kita check resepinya...

BAHAN-BAHAN :

250ml UHT whipping cream
250g cream cheese
200ml susu pekat manis
Syrup chocolate jenama Hershey
Biskut marie

CARA-CARA :

1. Pukul cheese hingga lembut kemudian masukkan susu pekat putar hingga rata dan masukkan pula UHT whipping cream, putar lagi hingga sebati.
2. Ambil bekas, senduk 1 sudu adunan cheese tuang ke dalam bekas.
2. Susun biskut / boleh patah-patahkan biskut.
3. Picit syrup chocolate hershey dan ratakan.
4. Ulang lagi step yang 1,2 dan 3 hingga abis. Bahagian yang atas boleh la hias dgn coklat chips atau parutan cheddar cheese.
5. Bila dah siap, simpan dalam peti ais dulu..




September 18, 2014

Kerabu Pucuk Paku + Perut Bersantan

Lama benor rasanya tak update blog, bukan apa sejak keypad notebook rosak memang malas sikit.. tambah-tambah keyboard yang en.husband beli sekejap ok, sekejap k.o.. gara-gara dimain si Ain.. biasa la budak-budakkan..semua benda nak dimain.

Oklah, tak payah nak membebel panjang-panjang.. kali ni nak share resepi kerabu perut, memang dah lama sangat tak makan kerabu ni, sejak duduk kat Sarawak ni, ni la kali pertama saya buat sendiri kerabu ni, kalau dulu mak yang selalu buat.. hmmm..rindu betul dengan masakan mak, air tangan mak memang power kan..

okey..jom kita cek apa bahan-bahan dia..

BAHAN-BAHAN:

Seikat pucuk paku - dipotong dan dicelur
Perut lembu - dipotong nipis dan direbus (ikut suka korang nak letak banyak mana)
Santan pekat
Kerisik
Bawang merah - dihiris
Cili padi* - ikut tahap kepedasan yg korang nak
Cili besar*
Serai*
Limau kasturi - ambik jus
Belacan*
Garam, gula - secukup rasa
(*)-blend.

CARA-CARA:
Gaul bahan-bahan yang diblend dengan kerisik &bwg merah. Kemudian masuk santan, perut lembu dan pucuk paku. Gaul sebati. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau.

p/s: sy masak main campak2 je, tu yg xde sukatan utk bhn2..



July 08, 2014

Puding karamel tanpa telur


Hari ni nak kongsi resepi puding karamel tanpa telur yang mudah dan tak perlu dikukus. Bagi saya puding karamel tanpa telur ni lebih sedap dari puding karamel yang menggunakan telur, tapi itu atas citarasa masing-masing la kan.


Puding ni saya buat untuk juadah berbuka pada puasa yang ke 6, biasanya kalau buat kuih muih untuk berbuka saya hanya akan buat 1 jenis je, sebabnya saya sorang je yang tukang ngabisnye, suami saya kalau dah bertambah 2,3 pinggan nasi mana nak pandang kuih lagi. 


BAHAN A ( gula hangus ) :

2 sudu besar gula pasir

BAHAN B ( puding ) :

1 peket serbuk agar-agar
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sk esen vanilla

CARA-CARANYA :

1. Buat gula hangus dulu, dan masukkan ke dalam loyang.

2. Satukan bahan B dan masak di atas dapur dengan api sederhana. Adunan kena kacau kerana takut tepung kastard akan berketul@bergentel.
3. Apabial adunan mendidih dan pekat, tutup api dan tapis kedalam loyang yang mengandungi gula hangus tadi. 

4. Biarkan sejuk dahulu baru masukkan ke dalam peti ais. 



July 07, 2014

Sotong bakar bersambal


Alhamdulillah hari ni dah masuk 9 Ramadhan. Rasa syukur sangat sebab dikurniakan tubuh badan yang sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar. Sejak akhir-akhir ni tak berapa rajin nak mengupdate blog, padahal hari-hari duk snap gambar masakan, lepas 2 terperap kat dalam folder, bila mood rajin datang baru la post.


Sotong bakar bersambal ni memang best, makan dengan nasi panas..memang tak pandang lauk lain dah. Ok la tak yah nak membebel panjang-panjang, kita semak resepi dulu.

BAHAN-BAHAN :

10 tangkai cili kering - celur dan kisar*
1 biji lada merah*
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 batang serai*
sedikit lengkuas*
sedikit halia*
sedikit belacan*
sedikit air asam jawa
garam, gula dan perasa secukupnya
sotong
aluminium foil
daun pisang
limau kasturi
(*)-dikisar bersama

CARA-CARANYA :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan sedikit air asam jawa sekadar buat rasa-rasa saja.
2. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Masak sambal lama sedikit hingga kering air dengan api perlahan. Keraplah dikacau agar tidak hangus. Sejukkan.
3. Sediakan aluminium foil dan daun pisang letakkan sotong dan masukkan sambal yang telah siap dimasak tadi. Bungkus rapi.
4. Bakar selama lebih kurang 20 minit.
5. Hidangkan bersama perahan jus limau kasturi.


July 02, 2014

Ayam Percik


Selamat berpuasa buat semua umat islam, hari ni dah masuk hari ke 4 kita menunaikan ibadat puasa dan saya belum lagi menjejak kaki ke bazar ramadan, semua lauk dan kuih seboleh-bolehnya saya masak sendiri, jimat dan terjamin kebersihannya hehe.. yang sebenarnya saya bimbang juga kalau saya ke bazar ramadan saya akan terlebih berbelanja, rambang mata nanti. Tambahan pula keluarga kecil macam saya ni, bertiga je. Ain pula bukannya puasa. Jadi saya masak je ala kadar, kalau banyak boleh hulur-hulurkan pada jiran.

Kali ni nak kongsikan resepi ayam percik, dah lama sebenarnya tak masak ayam percik ni biasa la kalau bulan puasa ni rasa macam nak masak masakan yang special sikit hehe..yang jarang-jarang dimasak. Lagipun kat bazar ramadan di Sarikei ni mana ada jual ayam percik ni, kalau ada pun tak sama yang selalu saya makan dekat Jerteh.


BAHAN A :

Setengah ekor ayam - dipotong 4 
1 biji kelapa - diambil pati santan
1 keping asam gelugur
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 1/2 sudu kecil ketumbar
2 batang serai - diketuk
5 sudu makan minyak masak

BAHAN B ( Dikisar ) :

3 biji buah keras
5 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas

 CARA-CARA :

1. Goreng jintan manis, jintan putih dan ketumbar tanpa minyak. Kemudian tumbuk halus.
2. Bersihkan ayam dan tuskan hingga kering.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan (B) yang dikisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan serai, pati santan,asam gelugur, garam, gula dan bahan yang ditumbuk. Masak dengan api yang kecil.
5. Kacau sehingga mendidih, kemudian masukkan ayam dan masak hingga separuh masak.
6. Kemudian angkat ayam dan bakar hingga garing.
7. Baki kuah pula, masak hingga kuah menjadi pekat.
8. Bila ayam sudah masak, curahkan kuah ke atas ayam..





June 25, 2014

Umai Ikan Pirang

Kalau sebelum ni saya pernah kongsikan resepi umai obor-obor kali ni pulak saya kongsikan pula resepi umai ikan pirang. Bahan-bahan untuk umai ikan ni tak banyak beza dengan umai obor-obor. Ikan pirang ni ikan yang banyak tulang, susah nak makan ikan ni silap haribulan boleh tercekik tulang jadi cara yang terbaik nak makan ikan ni kita buat umai je..

Inilah dia ikan pirang, selain ikan pirang boleh gak kalau korang nak guna ikan yang lain mcam ikan tenggiri ke bawal ke, atas citarasa masing-masing la kan tapi kalau husband saya dia memang suka beli ikan ni untuk dibuat umai.


BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan pirang sederhana besar
Limau kasturi
3 ulas bawang putih*
2 biji cili merah (dibuang biji)*
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
Garam secukup rasa
(*)ditumbuk

CARA-CARA:

1. Ikan pirang dibuang sisik, dibersihkan dan diambil isinya seperti gambar di atas.

2. Kemudian isi ikan tadi dipotong nipis.

3. Isi ikan yang telah dipotong nipis tadi diperap dengan perahan jus limau kasturi beberapa minit. saya menggunakan dalam 5 biji limau.

4. Sementara isi ikan diperap kita sediakan bahan-bahan  untuk digaul, tumbuk bawang putih dan cili merah hingga lumat dan hiris nipis bawang besar dan 2 biji limau kasturi.

5. Isi ikan yang kita perap tadi akan kelihatan berwarna putih dan masak, Perah isi ikan, buang jus limau yang kita gunakan untuk memerap ikan tadi, hanya isi ikan yang diambil. Kemudian satukan isi ikan tersebut dengan bahan yang telah ditumbuk, dihiris, garam dan perahan 3 biji jus limau kasturi. Gaul sebati.





June 09, 2014

Tomyam ketam


Sejak akhir-akhir ni jarang update blog. Bukannya malas tapi keypad notebook saya rosak gara-gara Ain dengan cousin dia, diaorang yang main notebook saya sebelum tu.. Ada beberapa huruf dekat keypad tu tak keluar bila ditekan jadi terpaksalah saya sambungkan keyboard bila nak menaip.

Kali ni nak share resepi ketam, walaupun first time mencuba masak tomyam ketam, tapi memang tak mengecewakan sebab rasa dia memang sedap walaupun agak pedas tetap juga hirup kuah tomyam sampai licin dan akibatnya malam tu saya sakit perut sebab perut saya memang kalah kalau makan pedas-pedas sangat. Tomyam kalau tak pedas tak kaww.. la.


BAHAN-BAHAN:

3 ekor ketam - dibersihkan dan dipotong 2.
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 /2 inci lengkuas - diketuk
1 batang serai - diketuk
1/2 batang carrot, bunga kubis @ sebagainya - atas citarasa masing2
3 helai daun limau purut - dicarik2
2 kiub tomyam knorr - boleh je kalau nak guna perencah tomyam
1 sudu besar sos ikan thai
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau nipis/kasturi - ambil jusnya
1 sudu besar susu cair
cili padi - ikut citarasa masing2
air secukupnya
Garam & sedikit ajinamoto.

CARA-CARA:

1. Bersihkan ketam dan potong kepada 2 bahagian.
2. Masukkan air ke dalam periuk secukupnya. Masukkan serai, lengkuas, kiub tomyam dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan ketam. Kacau rata dan biar mendidih.
3. Masukkan cili padi, bawang besar, carrot dan bunga kubis. Masukkan sos ikan dan sos tiram. Biar ketam masak.
4. Tambah garam secukupnya serta sedikit ajinamoto dan jus limau nipis. 
5. Akhir sekali tambah susu cair dan daun limau purut. Masak sekejap dengan api kecil dan rasa, jika ok boleh matikan api. 

p/s: kalau  nak sedap lagi guna pes tomyam.

May 09, 2014

Kek Kukus Marble


Kek kukus lagi, hehe.. saya memang suka makan kek kukus sebab ia lebih lembut & lembab,tambah-tambah kek kukus ni lebih senang & mudah, kali ni saya cuba resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan, terima kasih Che Mat sebab kongsikan resepi ni. 


Sebab Ain sibuk nak menolong masa tengah buat kek ni, tu yang corak jadi camtu, terima kasih yer anak mama, arap-arap bila besar nanti makin rajin tolong mama kat dapur.


BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan mentega (kurang lebih 240 gram)
1/2 cawan gula castor (kurang lebih 100 gram)
3 biji telur gred A
1/4 cawan susu pekat manis (kurang lebih 75 gram)
1/2 cawan seri kaya (kurang lebih 90 gram)
1 1/2 cawan tepung gandum (kurang lebih 230 gram)*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu segar
Pewarna makanan pilihan anda 

CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan kukusan, lanser loyang dengan mentega dan alas dasar loyang dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula kastor hingga gula putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan susu pekat manis dan seri kaya, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Putar rata.
3. Masukkan susu segar dan esen vanilla, putar sekejap dan off kan mixer. Bagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak, satu diberi pewarna merah jambu, kacau rata. Satu diberi pewarna hijau , kacau rata dan satu lagi biar pada warna asal.
4. Sudukan berselang seli setiap adunan dibahagian tengah loyang. Buat hingga siap. Biar adunan merata sendiri dalam loyang (anda boleh senget2kan loyang tadi), lorek dengan chopstick 2 - 3 kali. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam 20 minit.


Kuew teow kungfu/hongkong


Minggu lepas kami bertiga makan kat luar, itu pun gara-gara gas habis, sebenarnya boleh je kalau kol mintak orang hantarkan gas dekat rumah, tapi kerana saya sorang-sorang je kat rumah jadi saya tunggu je husband saya balik kerja baru tukarkan gas. Tapi tak sangka pulak hari tu husband saya busy tersangat, tak dapat pulang tengahari, lewat petang baru pulang. Pulang dari kerja dia cakap takyah masak la, kita makan dekat luar. 

Lepas belek-belek menu akhirnya saya order kuew teow hongkong sebab saya memang dah lama tak makan kuew teow hingkong ni, dulu masa duduk kat Jerteh, kuew teow hongkong ni salah satu menu kegemaran saya bila makan dekat luar. Tapi hampa betul, rasanya tak sama seperti yang selalu saya makan dekat sana. Kuah pulak cair je.. ayam, sayur seciput je.


Disebabkan rasa tak puas hati, saya akhirnya merajinkan diri saya untuk menyediakan sendiri, Jadi inilah dia hasilnya. Puas hati rasa, suami & anak bukan main suka, bertambah-tambah je.


BAHAN-BAHAN KUAH:

2 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang putih - dicincang
Isi ayam - potong kecil-kecil
2 sudu makan sos tiram
2 kiub ayam maggi
Jangung muda
Lobak merah - potong panjang
Bunga kubis
Air secukupnya
2 sudu tepung jagung - bancuh dengan air.
2 biji telur - ambik putih je
Garam secukup ra

p/s: boleh je kalau orang nak tambah udang/sotong ke @ sayur-sayur lain macam sawi/kailan/kubis.

CARA-CARA MEMASAK:

1.       Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2.       Masukkan isi ayam. Kacau hingga separuh masak.
3.       Masukkan sayur, jagung muda, lobak merah & kubis bunga. Kacau sekejap.
4.       Masukkan soa tiram, kacau rata & masukkan air.
5.       Bila air mendidih, masukkan tepung jagung & kiub ayam. Kacau sehingga pekat.
6.       Masukkan telur putih & kacau hingga sebati.
7.       Siap. Tutup api.

CARA-CARA SEDIAKAN MEE KUNG FU/HONGKONG:

1.  Ambil sedikit kuew teow dan pecahkan 2 biji telur ke dalam kuew teow.
2. Gaul hingga sebati. Kemudian panaskan sedikit minyak dan goreng kuew teow hingga garing.
3. Angkat & Boleh dinikmati dengan kuah yang telah disediakan tadi.

April 30, 2014

Kukus Bawal Herba Melayu


Kali ni nak kongsi resepi ikan bawal kukus herba melayu, resepi ni ambik dalam buku resepi Komplilasi Masakan Ikan Laut. Saya ni memang jenis yang suka mencuba resepi dari buku-buku ataupun internet, menjadi atau tak belakang cerita. Biasanya resepi lauk pauk menjadi je, yang kurang menjadi selalunya resepi kek/kuih muih. Tapi kalau kita tak cuba kita takkan tahu kan. Kalau tak menjadi takpe sebab kita belajar dari kesilapan, yang penting jangan give up.


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan bawal
300 ml air
5 tangkai cili kering *
4 biji bawang merah *
1 kuntum bunga kantan - dihiris
1 tangkai daun kesum - sy xletak sebab xde daun 2.
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Kisar bahan yang bertanda(*)

BAHAN PERAPAN:

3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 sm halia*
1 biji limau nipis/limau kasturi - diambil jus
Kisar bahan yang bertanda(*)

CARA-CARA:

1. Perap ikan selama bahan perapan selama setengah jam.
2. Kukus ikan tadi hingga masak. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Gaul hingga rata.
5. Masukkan air, perasakan dengan garam dan gula. kalau lagi.
6. Masak hingga kuah mendidih dan pekat. Angkat dan tuang atas ikan tadi.

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...