December 23, 2017

Kek puding karamel

Hidup ini adalah ujian, sama ada kita susah, kita senang. Kita sihat atau sakit. Semuanya itu ujian. Musibah yang menimpa yang membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT itu sebenarnya nikmat dan kesenangan yang menjadikan kita leka dan jauh dari Allah SWT itu adalah musibah. 

Kali ini nak share resepi kek puding karamel yang mudah yang menggunakan sukatan cawan. Jadi mudahkan tak payah nak timbang-timbang bahan. Dulu saya ingat susah nak buat kek ni tapi bila dah cuba buat sekali eh, takla rumit..tengok resepi jer nampak rumit..tapi senang jer sebenarnya.


RESEPI KEK PUDING KARAMEL

Bahan-bahan A:
  • 6 biji putih telur gred A(jgn ada walaupun setitik kuning telur / air nanti merigue tak jadi)
  • 4 sudu besar gula kastor / gula halus
  • 1 sudu teh krim tartar.
~ Putar sehingga adunan kental, tidak jatuh jika diterbalikkan.

Bahan-bahan B:
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 4 sudu besar gula kastor / gula halus
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air
  • 1/3 cawan minyak jagung (sy guna minyak masak je)
~ Ayak bersama bahan bertanda*
~ Putar kuning telur, air, gula dan minyak sehingga kembang.
~ Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
~Sebatikan.
~ Masukkan adunan A sedikit demi sedikit kedalam adunan B kaup balikkan sahaja.
~ Bahagi aduan kepada beberapa bahagian dan warna mengikut citarasa masing-masing.

Bahagian Karamel

Untuk gula hangus - 4 sudu besar gula kasar masak atas api (dalam loyang 8cm) biar cair dan ratakan.

Bahan-bahan puding:
  • 1 cawan susu cair
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
~ Kacau sebati perlahan.

Cara-cara:
  1. Tapis adunan puding karamel ke dalam loyang berisi gula hangus tadi.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan ke atas adunan puding tadi. Jangan risau aduanan kek takkan tenggelam dalam adunan puding. 
  3. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 10 minit.
  4. Masukkan air panas gelegak ke dalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ke dalam loyang yang berisi air. (Bakar kaedah stim bake untuk elakkan karamelnya hangus.)
  5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi guna api atas dan bawah.
  6. Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk jangan letak dalam peti. Kek akan turun dan mengecut dengan sendirinyadari loyang. 
  7. Terbalikkan kek perlahan-lahan. Selamat mencuba.   










December 19, 2017

Kek lapis tembikai





Lama dah buat kek lapis ni, masa dekat-dekat nak raya dulu.. baru sekarang ada kesempatan nak update dalam blog. Alhamdulillah walaupun saya ni bukanlah orang sarawak, tak pernah belajar pun buat kek lapis sarawak tapi suka-suka mencuba resepi dari internet je, sebab duduk kat sarawak kena la belajar buat sendiri takkan nak beli je kan.. 

Bak kata orang omputeh 'practice make perfect'. Dulu memula buat kek lapis memang tak berapa cantik, lapis tak sama, tapi bila dah selalu buat hasilnya cukup membuatkan saya happy.



RESEPI KEK LAPIS TEMBIKAI

Bahan-bahan:
  • 10 biji telur
  • 16 ozs mentega (450g)
  • 200g gula halus
  • 300g tepung hongkong
  • 1 tin kecil sekaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 peket serbuk santan (50g)
  • 1 botol coklat chips (untuk jadikan biji tembikai)
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna hijau, kuning & merah
Cara-caranya:
  1. Sediakan loyang & griskan dasarnya dengan sedikit mentega dan lapik dengan kertas minyak.
  2. Panaskan oven pada suhu 175-190 c.
  3. Pukul mentega, gula, esen vanilla dan ovalette dengan kelajuan tinggi sehingga putih & kembang. 
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
  5. Perlahankan mixer, masukkan susu pekat, sekaya dan serbuk santan. Pukul lagi sehingga adunan bergaul rata.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul lagi hingga sebati.
  7. Bahagikan aduan kepada 3 bahagian.
  8. Bahagian 1: Berikan warna hijau. Warna hijau ada 3 lapisan dan setiap lapisan disukat dengan 2 senduk nasi. Bermakna semuanya ada 6 senduk nasi untuk adunan warna hijau.
  9. Bahagian 2: Berikan warna kuning. Warna kuning ada 2 lapisan dan setiap lapisan disukat dengan 2 senduk nasi. Bermakna ada 4 senduk nasi untuk adunan warna kuning.
  10. Bahagian 3: Beri warna merah. Setiap lapisan letak 2 senduk nasi untuk warna merah untuk setiap lapis sehingga adunan merah habis.
  11. Cara melapis: Lapiskan adunan hijau terlebih dahulu sebanyak 2 senduk nasi kedalam loyang dan ratakan. Bakar lapisan pertama sehingga masak kira-kira 6-7 minit. Bila sudah masak tekan dengan penekan kek agar rata. Kemudian lapis lagi adunan hijau sebanyak 2 senduk lagi. Buat sehingga menjadi 3 lapisan.
  12. Kemudian sambung pula dengan melapis aduan kuning. Buat sama seperti adunan warna hijau tapi sebanyak 2 lapisan.
  13. Akhir sekali, lapiskan adunan warna merah sebanyak 2 senduk nasi setiap lapis. Setiap lapisan ditabur dengan chocolate chips. Buat sampai habis.

December 15, 2017

Apam puteri ayu / kuih seri ayu






Salah satu kuih kegemaran saya, puas hati kalau buat sendiri, rasa lemak santan cukup, kelapa pun banyak barulah sedap. Dulu tak pandai pun nak buat kuih muih ni, tapi bila jauh dari mak serba serbi belajar buat sendiri. Tu pun belajar dari internet jer. Sekarang mudah serba serbi dihujung jari cuma rajin atau malas jer.


RESEPI PUTERI AYU

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 sk ovellete
  • 1 sk perisa pandan
  • Pewarna hijau
  • Kelapa putih + sedikit tepung gandum + garam
Cara-cara:
  1. Pukul gula dan telur hingga kembang dan masukkan ovellete dan pukul lagi.
  2. Masukkan tepung gandum, santan, perisa pandan dan pewarna hijau. Pukul sebati. 
  3. Gaul kelapa putih dengan sedikit tepung gandum dan garam. Kemudian isi kelapa putih kedalam acuan yang sudah disapu minyak. Tekan sikit supaya mampat.
  4. Tuang adunan. Kukus lebih kurang 7 minit.
  5. Pastikan tudung kukusan dibalut dengan kain agar wap air tidak menitis.





December 06, 2017

Kerang air asam

Apa khabar hari ini? Sihat? Syukurlah.. Ucaplah Alhamdulillah sentiasa kerana terlalu banyak nikmat yang diberi olehNya.. Walaupun hidup ini tak selalu indah kerana selagi kita menginjak bumi kita takkan lepas dari diuji.. Anggaplah setiap ujian yang datang tu sebagai tarbiyah, kita manusia kadang-kadang alpa dan lupa. Adakalanya kita leka. Ujian yang datang sebagai teguran buat kita.
Hari ini nak share resepi kerang air asam. Resepi yang mudah dan sedap. Memang sedap sangat makan dengan nasi panas-panas, tak pandang lauk lain dah tapi kalau ratah camtu jer pun sedap.

RESEPI KERANG AIR ASAM

Bahan-bahan:
  • 1kg kerang - bersihkan cengkerangnya sampai betul-betul bersih & rebus sampai masak. Kemudian buang sebelah kulit kerang.
  • 5 ulas bawang putih
  • 6-7 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 1 1/2 keping gula melaka (boleh juga guna gula perang)
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi (bancuh dengan sedikit air panas, kalau nak masam lg boleh lebihkan.)
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 biji limau nipis - dipotong, perah & kulit digaul sekali nanti untuk dapatkan aroma citrus)
  • 1 biji tomato - dipotong mengikut citarasa
  • sedikit mangga muda - diparut (yang ni saya tambah, taknak letak pun takpe.)
Cara-cara:
  1. Rebus kerang, kopek sebelah dan biarkan sebelah lg dengan isi kerang. ketepikan.
  2. Tumbuk cili padi, bawang putih, gula melaka. separa lumat.
  3. Masukkan air asam jawa. Sebatikan.
  4. Perah limau nipis. Pastu masukkan sekali kulit limau.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Gaul.
  6. Masukkan tomato, gaul sebati dan curah atas kerang yang direbus tadi.
Siap, sedia untuk dinikmati.

October 26, 2017

Breakfast dengan ubi kayu rebus..sedapnya.



Lama sangat dah duk teringin nak makan ubi kayu rebus. Dapat juga akhirnya. Dulu waktu duduk kat kampung anytime jer boleh makan, gali jer belakang rumah, bukan ubi kayu jer, mak tanam macam-macam jenis ubi, ubi badak, ubi itik, keledek, ubi keling.. Tapi bila dah duduk jauh dari kampung serba serbi kena beli. Dah la susah nak cari. Ini pun kebetualan jumpa.

Bila makan macam ni, terkenang pulak zaman kecil-kecil dulu, kalau musim hujan atau musim tengkujuh ubi rebuslah menu yang paling sedap. Lepas mandi hujan, main banjir naik atas rumah makan ubi rebus panas-panas kena dengan kopi o panas fuhh..memang nikmat sangat.. Pada musim tu memang laku la ubi yang mak tanam.. ada jer orang datang beli.



Biasanya saya makan ubi rebus cicah nyor yang digaul gula dan garam jer tapi bila datang sarawak tengok family suami makan dengan ikan masin, pastu ada sesetengah tempat makan dengan sambal tumis. Jadi kita gabung jer semua..

October 13, 2017

Nasi minyak gulai ayam


Dulu masa duduk kat kampung pagi-pagi kalau rasa nak makan nasi minyak ke, nasi dagang ke, nasi berlauk, nasi kerabu.. boleh jer beli. Bila duduk kat Sarawak ni nak makan macam kat tempat sendiri memang takde la.. nak taknak kena buat sendiri bila nak makan. 

Bila duduk kat tempat orang ni banyak benda yang kita akan rindu, banyak benda yang berubah. Kadang-kadang tu rasa sunyi, jauh dari family, saudara mara apatah lagi kawan-kawan. Tapi ada hikmahnya, Allah jauhkan kita dengan orang-orang yang kita rapat, tempat kita bercerita, mengadu kerana DIA nak kita lebih dekat dengan DIA. Sungguh, takdir Allah swt tu cukup indah. 

Kalau dulu tak reti sangat masak, tapi bila duk merantau kat negeri orang ni macam-macam kita belajar buat sendiri, yang dulu hanya reti makan jer, sekarang dah pandai buat sendiri dah.


NASI MINYAK GULAI AYAM

Bahan-bahan Nasi:
  • 3 cawan beras
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 helai daun pandan
  • 1 biji bawang besar (mayang)
  • 2cm halia*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • Air mengikut sukatan beras
  • Garam secukup rasa

*tumbuk lumat/kisar

Bahan tumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Cara memasak:
  1. Basuh beras bersih dan tos airnya.
  2. Panaskan minyak bersama marjerin dan minyak sapi kemudian tumis kesemua bahan tumis, bersama bawang besar yang dimayang, bahan kisar serta daun pandan hingga wangi.
  3. Masukkan air dan kacau rata. Biarkan mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan garam bersama susu cair dan beras. Kacau rata dan biarkan hingga nasi kering.
  5. Apabila kering, letakkan pewarna merah. Kaup balikkan nasi dan biarkan hingga nasi masak.
Bahan-bahan Gulai ayam:
  • 1 ekor ayam (potong kecil)
  • 125ml santan pekat
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 4 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1cm halia*
  • 1cm lengkuas*
  • 1cm kunyit hidup*
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 biji kentang (belah 4)
  • 2 keping asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam, gula & gula melaka secukupnya
(* bahan dikisar)

Bahan tumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama cili kisar dan bahan-bahan yang dikisar. Biarkan hingga naik bau dan garing.
  2. Apabila garing, masukkan rempah kari  yang dibancuh bersama sedikit air dan kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan ayam bersama kentang, asam keping dan air secukupnya. Biar masak seketika.
  4. Setelah itu masukkan santan pekat dan kacau hingga mendidih.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan gula melaka kemudian biarkan mendidih hingga pekat kuahnya.
  6. Angkat dan hidang bersama nasi minyak.
Bahan-bahan Acar mentah:
  • 1 btg timun batang (hiris panjang2) 
  • 1 btg carrot (hiris panjang2) 
  • 2 biji cili merah (hiris panjang2) 
  • 3 biji bawang merah (hiris nipis2) 
  • 3 sudu cuka 
  • 1/2 sudu teh garam 
  • 2 sudu besar gula 

Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan & gaul sebati. 
  2. Biarkan dalam peti sejuk seketika supaya rasanya diserap sekata. 

Bahan-bahan Sambal belacan:
  • 2 biji cili merah 
  • 5 biji cili padi (kalau suka pedas le) 
  • Belacan (terpulang le byk mana ikut citarasa) 
  • 1/2 sudu teh garam 
  • 1 sudu besar gula 
  • 2 biji perahan limau nipis 

Cara-cara:
  1. Tumbuk semua bahan kecuali limau nipis. 
  2. Apabila dah lumat, perah limau nipis. 
  3. Siap.


October 12, 2017

Resepi cream puff yang mudah


Ini cream puff yang saya buat minggu lepas kudapan petang untuk anak-anak, alhamdulillah anak-anak suka sangat, saya buat kecik-kecik jer, comel-comel gitu. Senang nak makan, sekali ngap jer. 




Resepi cream puff ni saya tak ingat saya ambik kat mana, sebab saya salin dalam buku. Resepi ni memang mudah, sukatan guna cawan jer, tak banyak songeh sangat.

RESEPI CREAM PUFF & SOS KASTARD

Bahan-bahan cream puff:
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum (ayak)
  • Secubit garam
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla



Cara-cara:
  1. Masukkan butter dan air dalam periuk, didihkan. Bila dah mendidih masukkan tepung gandum yang telah diayak.
  2. Kacau laju-laju sampai tepung tidak melekat pada periuk. Tutup api dan masukkan kedalam bekas lain.
  3. Bila adunan sejuk, masukkan esen vanilla, garam secubit dan masukkan telur satu persatu dan kacau sebati dan buatlah sehingga habis telur.
  4. Boleh jugak menggunakan mixer dengan kelajuan yang maksimum.
  5. Adunan yang dihasilkan perlu lah licin dan berkilat.
  6. Masukkan adunan dalam piping beg dan paipkan ikut kreativiti sendiri.
  7. Sebelum membakar renjiskan sedikit air di atas choux pastry (Tujuan nya utk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry.)
  8. Bakar lah choux pastry pada suhu 220'C pada 15 minit pertama, dan turunkan ke suhu 190'C dan bakar lagi selama 15 minit. Jangan sekali keluarkan choux pastry sebelum ia nya cukup keras dan masak. Kerana ini akan menjatuhkan choux pastry, jugak jangan sekali membuka oven ketika proses pembakaran ini.



Bahan-bahan sos kastard:
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/2 cawan fresh milk
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu besar gula
Cara-cara:
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan kacau sebati kemudian masak hingga pekat diatas api sederhana.

Cara menyediakan Cream Puff:


  1. Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
  2. Paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
  3. Tabur gula icing diatasnya.






October 11, 2017

Nasi Ayam Sempoi


Sape suka makan nasi ayam angkat tangan.. hihi.. Kami sekeluarga memang suka makan nasi ayam, selain sedap ianya mudah disediakan dan yang paling penting dah tak perlu pening-pening nak fikir nak buat lauk apa dah..


Saya kalau rasa malas nak masak atau tak tahu nak masak, ini lah yang akan jadi menu, nasi ayam stail saya memang mudah..campak-campak jer.sempoikan..


NASI AYAM SEMPOI

Bahan untuk ayam (rebus):
1 ekor ayam (potong ikut suka, sy suka potong besar2)
4 ulas bawang putih (diketuk)
3cm halia (diketuk)
1 kiub ayam
Air secukupnya

Bahan perap:
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
1cm halia(tumbuk halus)
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)

Cara-cara:
Bersihkan ayam, masukkan dalam periuk bersama semua bahan-bahan yang lain. Rebus hingga empuk. Angkat ayam dan perap ayam dengan bahan perap selama 1/2 jam. Kemudian goreng mengguna api sederhana sekejap dan angkat.

Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
sedikit garam
1 kulit kayu manis*
1 bunga lawang*
2 buah pelaga*
Sedikit serbuk kunyit utk warna (xnak letak pun xpe)

Cara-cara:
Basuh beras dan toskan air. Panaskan butter lalu tumis rempah (*), halia dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan air rebusan ayam, beras kedalam rice cooker, sedikit garam, serbuk kunyit serta bahan yang ditumis dan masak nasi seperti biasa.

Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato (xletak pun xpe)
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
gula secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam

Cara-cara:
Kisar semua bahan-bahan sos diatas dan dimasak sebentar untuk naikkan aroma.

Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
Kiub ayam
Daun sup dan daun bawang yang dihiris

Cara-cara:
Didihkan air rebusan ayam bersama kiub ayam dan masukkan garam secukup rasa jika perlu. Taburkan bawang goreng, daun sup & daun bawang.

Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam diatas tadi
Kicap manis
Sedikit air rebusan ayam

Cara-cara:
Campur semua bahan dan masak sekejap.



June 09, 2017

Chocolate Chips Cookies


Alhamdulillah, hari ni dah 14 ramadhan, dah 2 minggu kite berpuasa kan cepat je waktu berlalu.. Dah start baking cookies ke? Saya pun baru start jugak buat sikit-sikit, walaupun penat melayan budak dua ketol, tapi tetap sempat la buat cookies sejenis dua.. Si kakak bukan main seronok tengok mama dah start buat biskut raya, tak sabar dia nak raya. 
Tahun ni raya kat Sarawak je, sedihnye tak dapat nak cium tgn mak ayah pagi raya nanti, tp nak buat macam mana kan. Bila buat biskut raya sorang-sorang teringat pulak kenangan buat biskut raya ngan mak & adik beradik.. Rindunyer..
Dah..tak payah nak celoteh panjang-panjang kang tak pasal-pasal berderai air mata pulak. Kali ni nak share cookies yang mudah tapi sedap. Boleh la buat untuk raya nantikan. Resepi ni dari Azlina Ina.

CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Bahan (A):
- 1 ketul butter (250g) suhu bilik
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 cawan gula perang
- 1 sk esen vanilla
- 1 biji telur (gred A)
# Mix butter + gula hingga creamy
# Masukkan 1sk esen vanilla + telur dan mix lagi dalam 2minit, matikan mixer.
Bahan (B):
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 sk baking powder
- 1 sb serbuk koko
# Ayak bersama.
Bahan (C):
- 2 cawan chocolate chips.
Cara-cara:
  1. Masukkan bahan (B) sedikit demi sedikit kedalam adunan (A). Gaul rata guna spatula.
  2. Bila rata, masukkan bahan (C).
  3. Rehatkan doh dalam peti ais dalam 1 jam.
  4. Alas baking paper pada tray @ sapu butter.
  5. Cubit sedikit doh dan susun dalam tray.
  6. Bakar pada suhu 170c selama 20-25 minit api atas bawah.
  7. Bila sudah masak sejukkan & simpan.


May 19, 2017

Dumpling Sup


Sedihnyer..berat badan naik mencanak-canak. Asal naik penimbang jer mesti berat bertambah turunnya idok asyik naik..naik..naik..
Orang lain menyusu anak senang jer kurus saya ni makin mengembang dengan jayanya. Nak kurus tapi tak mampu nak kontrol makan, perut asyik lapor jer.. caner ni..huhu. Demi untuk menguruskan badan saya cuba kurangkan pengambilan nasi, makan tapi dalam kuantiti yang sedikit. Harap-harap mampu la beristiqamah. 

Jadi kali ni nak share salah satu menu diet saya. Dumpling sup.
Dah, tak payah nak membebel panjang lebar, jom kite semak resepi.

RESEPI DUMPLING SUP

Bahan-bahan dumpling:
Kulit Wantan
1 keping isi ayam - cincang
6-7 ekor isi udang - cincang
Lobak merah - parut
Sebiji kuning telur
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit garam & lada sulah
1 sudu kecil sos tiram

Cara-cara:
- Campur semua bahan-bahan kedalam 1 bekas & gaul sebati.
- Ambil 1 sudu inti & letak ditengah-tengah kulit wantan. Lekat dengan air di tepi kulit. Buat hingga habis & ketepikan.

Bahan-bahan sup:
1 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1/2 kiub ayam
Air secukupnya
Sayur spt carrot, brokoli, kubis bunga
sedikit minyak untuk menumis

*Tumbuk bahan yang bertanda.

Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak & tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga kekuningan kemudian masukkan air secukupnya. Masukkan kiub ayam, garam & sayur. Tunggu sehingga mendidih baru masukkan wantan tadi. Tunggu wantan masak, boleh tutupkan api.
-Nak tahu wantan dah masak atau tak, bila wantan masak ia akan timbul keatas.






May 18, 2017

Fish & Chips



Sape suka makan fish & chips.. Haa ini salah satu peberet saya,.kalau makan kat luar tu rasa macam tak cukup jer.. Jadi disebabkan suka sangat makan fish & chips ni saya pun apa lagi, godek-godek kat google cari resepi.

Rupa-rupanya takdela susah pun nak buat fish & chips ni, Resepi ni saya ambil dari blog Linapg. Terima kasih kat tuan blog sebab share resepi yang mudah & sedap. Lepas ni tak payah makan kat luar dah, nak makan fish & chips buat jer sendiri. Jimat..

Jom kita semak resepi.

RESEPI FISH N CHIPS 
Sumber :Lina pg 

Bahan-Bahan Perapan :
4 keping  ikan dori 
serbuk lada hitam 
Lada sulah 
garam  
Jus lemon 


Cara Perap: 
Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel. Lumurkan dengan serbuk lada hitam,lada sulah dan garam.Kemudian perah jus lemon ke atas ikan. 

Bahan Batter/Adunan :
1 cawan air (secukupnya) 
1 cawan tepung gandum 
1/4 cawan tepung jagung 
1 sk baking powder 
Garam secukup rasa 
Bread crumb

Cara: 
Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar. Masukkan air sedikit demi sedikit kacau/gaul hingga sebati dan tidak berketul.

Note: Konsistensi batteryang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti. 

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali (pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng ikan) celup ikan ke dalam adunan.

Kemudian lumurkan ikan dengan serbuk roti/bread crumb (gaul rata hingga keseluruhan ikan tersalut serbuk roti).

Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia dihidang dengan kentang goreng, sos cili dan mayonis. Boleh juga makan bersama brokoli & carrot yg di stim atau salad coleslaw.


Note: 
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda 
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.

April 08, 2017

Kuey Tiaw Cantonese

Alahai..jejarang sekali baru dapat update blog..rindu ler..bukan takde masa nak update cuma penyakit m tu selalu je datang.hihihi
Kali ni nak share resepi kuey tiaw cantonese yang mudah & simple. Ini salah satu peberet kite. Menu ni selalu buat untuk diner. Bukan kite jer suka satu family suke.



RESEPI KUEY TIAW CANTONESE

BAHAN-BAHAN KUAH:
  • 2 sudu minyak masak
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • Isi ayam - potong kecil2
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 kiub ayam
  • Jagung muda, lobak merah, bunga kubis, sawi
  • Air secukupnya
  • 2 sudu tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
  • 2 biji telur(ambik yang putih je)
  • Garam secukup rasa
:-Boleh jer nak letak udang, sotong, fish cake..ubah ikut selera masing2 yer.

CARA-CARA:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan isi ayam, kacau hingga separuh masak.
  3. Masukkan sayur2 kecuali sawi. Kacau sekejap.
  4. Masukkan sos tiram, kacau rata. Masukkan air secukupnya.
  5. Bila air mendidih, masukkan kiub ayam, tepung jangung yang telah dibancuh. Kacau sehingga pekat.
  6. Masukkan putih telur, kacau sebati & masukkan sawi. Sebab sawi mudah layu, tu pasal last sekali baru letak. Kacau rata.
  7. Siap. Tutup api
CARA-CARA SEDIAKAN KUEY TIAW:
  • Ambil sedikit kuey tiaw dan gaulkan dengan sedikit kicap kemudian goreng hingga garing. Angkat dan tuang kuah.
:- Dengan kuah yang sama boleh buat kuey tiaw hongkong jugak, cuma yang bezanya kuey tiaw digaul dengan telur dan digoreng garing.

Pulut Pagi Kacang Merah

First time buat pulut pagi ni, teringin punya pasal kalah orang mengidam hihi.. Yela kan rasa cam dah lama sangat tak makan.. Sungguh...